! mrs mell : bila jari berbicara..

...................

Alhamdulillah.. hampir berabad lamanya jari tidak berbicara..
Terasa kekok diriku merasa.
Kihkih..

Buat pengetahuan para pembaca. Saya telah pun melahirkan anak ke 2 pada 19 jun 2015 taun lepas.

Last update sebelum beranak kot rasanya. Hehe. Da 7mo+ da pun baby. Syukrii dapat adik boy la uols.
Nama dia Adrii iman ali.

Banyak nak cerita.. tapi cukupla takat ni.. nanti2 ada masa kita celoteh panjang2 na..

Tepek sekepim gambar adrii masa baru lahir.

Assalamualaikum..

Lama sudah tak hapdate.
Ni testing2 pakai bloggeroid kata ko..
Entah lepas ke tak.

Ate, cuma nk bagitau. Rindunya nk layan blog.

Ok! Try publish sat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar kawan-kawan.. 

Ingat tak dulu dulu dulu..... punya entry. aku ada bagitau yang aku kalau boleh taknak blog aku ditemui. 
( poyo je kan. dah kau buat blog. kau bajet orang  tak jumpa ke mell? hahaha.)
yela.. segan dengan blog peribadi yang bukan banyak ilmu sangat pun. yang ada resepi je kot. btw.. blog ini ditemui pun pasal resepi. kahkahkah.

akhir-akhir ni.. ramai lak kawan kawan yang terjumpa blog aku ni. tak kurang jugak.. menjumpakan blog ni. haha.
sekarang.. biolah orang jumpa pun.. janji koramg klik iklan. kahkah. rasa-rasa ada jugak la kot ni sepupu sepapat yang jumpa ni. cuma tak bagitau je kot. kuikui..

aku sekarang ni.. dah tak berapa aktif dah kot nak menulis macam dulu.. skill pun dah kureng..
masa pun tak hada ekceli.. maybe akan datang bersawang-sawang kembali lah blog aku ni.. haahaha
sebab mungkin selepas ni aku akan kembali sebagai fulltime mak di rumah. hee~.
menanti sampai waktunya veranak. then, lepas tu baru pikir nak projek apa pulak nanti..

err... tiba-tiba blank pulak hotak nak taip apa. kehkeh..
apapun.. walaupun aku muncul kejap kejap je up entry. aku blogwalking lah kat blog kawan-kawan blog yang lain. cuma kadang-kadang tak sempat drop komen.. sebab masa dan si abam syukrii mencumburui waktu senggang aku. haha..

andai satu hari aku menghilang lagi.. ingatlah daku selalu.. di sini banyak yang aku coretkan tentang suka duka aku.. ada yang dah padam entry pun ada. hak!.
mungkin ada kata yang menguris hati para pembaca. maafkanlah daku.. 

oklah.. cyaa~~

tepek satu gamba abam syukrii. 









Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tadi ada sorang unkel cina ni dengan cucu dia umo around 4 tahun. datang baya bil kat opis aku ni.
biasa unkel tu memang selalu la suruh cucu dia tu cakap bahasa melayu ngan aku.
ala. " nama saya lim. makcik apa kabar? " beria2 unkel tu suruh cucu dia sembang ngan aku. haha.
syukrii nganga je tengok. hek!

tapi tadi dia suruh cucu dia baca alif ba ta sampai ya.. seriesly la. kagum gak la aku..
umo baru 4 taun. berbangsa cina lak tu. boleh baca alif ba ta kan.. kalau ABC tu celah gigi jela kot. hihi.
bukan takat baca aliff ba ta. siap eja nama dia dalam jawi. " lam ya mim " so cute!

aku tanya la unkel tu. mana cucu dia belaja. sekolah ke. yela.. mana tau kot2 hantar taska ke kan. sebab taska/tadika kat area taman sini dia ajar rangkum semua. ada kelas iqra, kelas tamil, kelas chinese bagai. aku teringin jugak nak hanto syukrii ke situ kalau ada rezeki.. anak kakak indonesia yang kawen ngan india sebelah rumah aku hantar anak dia situ. so far memang bagus lah kata dia.
eh.. ! meleret sudah. haha.

unkel tu jawap apa tau. cucu dia belajar thru CD je. wahh... kagum lagi. kira bagus sangat kan atok dia. bagi cucu belajar semua tu. atok la. sebab mak ayah dia pi kerja. atuk yang ngasuh dia. hehe..
tengoklah.. anak cina pun belajar bahasa jawi. anak-anak melayu sibuk nak ajau bahasa omputih bagai. lupa bahasa quran. ni untuk mak bapak terlebih moden la ye.. aku percaya korang semua tak kan?

syukrii .. Alhamdulillah.. lancar ikut kita baca aliff ba ta sampai ya. huruf pun banyak jugak yang dia kenal.
sebenarnya.. dia lebih lancar ikut baca alif ba taa dari ABC. walaupun ABC tu dia bole baca. hehe. anak aku nak jadi pak habib kot nanti.. kihkih..


syukrii suka sangat bideo ni. alif ba ta sa!!

.
~cyaa~
tu jela kot nak bebel.





lama tak hapdate woiii...
entah apa nak hapdate pun tak tahu. nak taip banyak-banyak memang tak boleh lah..
lil habib tu dok ngaco kan.. nak tengok omen ( ultraman).. nak tengok eebott (transfomers)
nak tengok api ( thomas and friends). and many more. pc ni dah jadi milik dia kot. hahahaha.

oklah.. beberapa hari yang lepas. ( baru nak hapdate? )
aku buat kek karot. simple sangat ok. maklumlah.. aku ni suka yang simple. hohoho.
syukrii ni kan budaknya payah nau nak makan sayur. macam2 cara. dressing lawa2 pun dia gelak2 je tengok. pastu "wowwww".
last2 amik suap mulut ummi. huwaaa...
so, akhirnya dapat idea nak wat kek karot ni.
dia ikut abah dia tau. karot tak makan tapi karot susu minum lak. hahaha.

oleh kerana dorang xmakan sayur tumis karot. aku pun buatlah karot susu.
then, hampas tu macam sayang lak kan. eh! buat kek lah..
sedap and gebuss jugak yu olss!!!


let see da recepiiii...

Carrot cake with raisin
  • 1cawan tepung kek
  • 1cawan minyak
  • 3/4 cawan gula. Nk half gula half susu pekat pn bole. Adjust la.
  • 2 biji telo.
  • 1 sk ovelet.
  • 1 cawan hampas karot

cara : 
Blend telo,gula n ovelet sampai kembang. Ayak tepung. Campur minyak n telo yg di blend td dan juga hampas karot. Gaul sebati. Masuk loyang. Tabur raisin @ badam. Kukus 45 min. Nk bakar pn bole.




tadaaa!!


yummiehh!!!






 
lama aku tak bercerita tentang ragam syukrii kan..
sekarang dah nak masuk 2y2mo dah umo dia..
dah pandai bercakap walaupun tak terus.
pelat! hahaha..

umor-umor camni agaknya suka meniru kelakuan orang kan..
dia akrab ngan abah dia.
memang banyak menurun perangai abah dia la.
suka mengusik budaknya. sama  naik dorang anak beranak ni tau..
ummi la jadi mangsa. huhu.

lagi.. oleh sebab selalu tengok ummi. nak bangun ke nak duduk ke. sebut ALLAH..
dia pun sama.. nak bangun berdiri ke. nak duduk ke.. Allah... katanya. ala.. macam nenek2 tu.
hahaha..
barang jatuh ke .. terkejut ke,, tu pun dia sebut, Allah... ajimm... Astagfirullahalazim la tu....
dah jadi habit pun.

menguap ke.. bersin ke.. dia sebut Alhamdulillah.. kadang tu ummi termenguap pun dia cepat tolong tutupkan mulut ummi. pahtu sebut Alhamdulillah. haha.. semua pun Alhamdulillah kat dia.

Dia ni agak kurang sabar jugak kadang2. if nak sesuatu tu.. jam-jam tu jugak kena bagi. kalau tak dia ngamuk. so memang ummi selalu bagi ayat 'SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN"
"ASSOBRU MINNAL IMAN"
dalam ngamuk2 tu pun .. bila ummi cakap.." Syukrii... sabar itu separuh daripada??...."
"imannn" jawapnya. tahu pun kan.  haha.
kadang nak marah pun tak jadi.

Bab ramah lak. aduhai.. kadang terlebih ramah dia ni.. oleh kerana kerja ummi memang layan orang yang datang bayar bil. semua orang pun dia nak tegur and ajak sembang.
asal orang gurau ajak ikut. laju je nak ikut. sungguh tak malu! ngamuk pulak tu bila tak bawak. haih!
segan ummi kadang-kadang tau. kena yang dapat yang suka melayan takpe la. kena yang menyombong tak suka budak. buat malu je. ada jugak tanpa segan silu depan aku di haip nya anak aku. budak tu ajak sembang je kot.
syukrii dia depan je sound. " Acik garangg ni.. arahh.. "
Hahaha..


kalau bab nak dapat adik ni. dia sayang la kot adik dia.. suka ciyum perot aku. dia kata ada adikk.. hehe.
kadang tu tak bagi abah dia dekat langsung ngan aku. nak manja ngan abah dia memang tak boleh. baru nak baring celak ketiak abah. dia pun laju je datang menyelit pastu tolak abah dia jauh-jauh. haha.
kadang aku ni pening kepala nak layan. dua-dua beranak manja. tu baru depa dua. sok tambah adik lak. pengsannn... kahkah.

ekceli banyak lagi ragam dia ... nak cerita keras kejung jari kot nak menaip. hahaha..

anak manja abah.


cyaa~



aku baru pertama kali buat nugget ayam comey2 gitu.. selalu dok buat nugget huduh je. hehehe.
haritu beli isi ayam peket tu.. rm5 hengget.
google punya google..
aku hentam je resepi yang paling mudah.
biasalah.. aku ni mana suka renyah2. hat mudah-mudah je.

berjenis la sikit dari dulu2. haha

Nugget ayam Homemade
bahan :
  • isi ayam - ikut suka. 
  • tepung gandum sikit. agak-agak 3-4 sudu.
  • lada sulah
  • garam
  • telur 3-4 biji
  • serbuk roti.
cara-cara :
  • hancurkan isi ayam. aku blend.
  • campur dengan tepung dan bahan lain. telur 2 biji. aku letak 1 biji je. gaul sebati.
  • bentukkan celup dalam telur yang telah di pukul.
  • pastu.. tabur serbuk roti rata sekeliling daging ayam yang dibentuk tadi dn di celup telur tadi.
  • goreng. nak simpan dalam sejuk beku pun boleh.

not bad. my love cakap macam beli je. lagi pueh hati makan.

selamat mencuba.!

nota kaki : nak wat serbuk roti homemade. leh tgok kat blog PUAN KUTU.  aku beli je. hehe.








stop apa la ye. syukrii da officially stop bf uols. baru tiga ari pun. Alhamdulillah..
setelah pelbagau cara aku guna. akhirnya psikologi jugak yang berkesan.
ko calit apa pun dia tetap nak jugak walaupun susu dah kering pun.
lepas gian nak nyotnyot. hahaha.

mungkin sebab aku selalu psiko dia.
"syukrii nak jadi abang dah.. dah besar.. malu kat orang.."
jemu kot mintak2 tak dapat. haha.

sebelum ni tido mesti nak "candu" dulu. tapi sekarang tak lagi dah..
yu noe apa perasaan aku.
lega tapi sedih.
lega sebab dia tido dengan sendiri. tapi mesti suruh bentang toto dulu. aku mesti baring sebelah dia.
sedih.. sebab detik2 indah bonding bersama dia dah berlalu.
ada satu malam tu. dia merengek mintak sampai tertido..
aku zikir bagi tido sambil menanges. sebab tak dapat nak bagi nenen si nenen lagi dah..
dah kering susu. pedih bila dia hisap. huhu.
im sori son..

tapi lepas tu dia tak mintak dah lagi.
kalau mintak pun dia sendiri jawap.
"maluu"
hahaha..

walaupun malam tido lewat dati kebiasaannya..
selalu tido kul 10 gitu. tapi sekarang kul 11-12 baru tido.
okla.. bila tido pun. tido lena sampai pagi. tak bangun2 mintak susu kan..
lega banyak gak ummi. huhu.

owhhh... lepas ni rehat sampai next session untuk adik dia pulak. kihkih..

belanja satu gambau abang long. hihi




Aku suka makan cheezy wedges kat kfc tu. kadang kalau gi makan kat kfc. tu je aku makan.
dah lama aku ambik resepi tu dari group Fb. ' RESEPI RINGKAS' .. tapi tak buat-buat.
beberapa bulan yang lepas, aku ngan kakak aku balik kampung. kakak aku la buat. sedap gak.. rasa sejibon cam yang kfc punya tu.
aku la add kan kakak aku dalam group tu. dia dari malas masak jadi rajin masak. padahal dia bujang pun.
balik kampung macam-macam resepi dia try. sampai mak aku tanya. "hang ni dah pasai.. macam tak penah masuk dapoq." hahaha..
eleh.. mak aku pun. dah tau kami ni ada resepi macam-macam. terus mintak resepi kuih qasidah la.. itu la ini la.. dan-dan tu jugak buat. sapa yang tak penah masuk dapoq la ni? hahahha.

ok berbalik pada resepi tu.. meh aku share.

ni aku buat baru2 ni.



Kentang Wedges
bahan :
  • kentang secukupnya.
  • garam sedikit
  • serbuk kunyit / serbuk kari
- Rebus kentang halfcook. atau agak2 lembut tapi jangan lembut sangat. gaul dengan garam dan serbuk kunyit/kari. goreng keemasan.

Sos cheezzy
  • 3 sudu butter / marjerin
  • 1 tin susu cair ( aku bancuh susu nespray.. malas nak p beli susu cair. hahaha )
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 6 keping cheddar cheese
  • 1 kiub pati ayam ( aku pakai kiub ikan bilis.. lagi kes malas ke kedai.)
  • serbuk lada hitan kalau suka. ( aku letak sikit lada sulah )
  • perwarna kuning sikit

- cairkan butter/majerin.. masukkan susu tepung.. kacau.. masukkan susu cair sikit demi sedikit.. kacau sehingga tepung tidak berketul.. masukkan slide cheese. pati ayam.. lada hitam and pewarna.
masak dengan api perlahan. kacau selalu. masak sehingga jadi likat..

Homemade Mayonis.
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan cuka/ jus lemon/jus limau nipis
  • 1 sudu makan gula
  • secubit garam
  • 1 cawan minyak
  • sedikit serbuk lada hitam/sulah jika suka
- blend telur.. masukkan cuka, gula, garam, lada hitam.. blend sebati.. perlahan-lahan tuangkan minyak ke dalam bahan tadi dan pastikan blend masih lagi ON. tuang secara bertali. maksudnya.. tuang minyak dari atas. macam tarik teh tarik tu.. then siap!

selamat mencuba!




Kandungan dah 17minggu. Baru pi bukak buku pink baru. bukan apa.. tersangat-sangatlah berchenta nak menunggu no giliran tu. can yu imagin? pukul 7am dah terpacak depan klinik. orang dah penuh woittt.. masyaAllah.. masyaAllah..

nampak tak dak tecik baju oren dan umminya di situ? ahak!

pada mulanya.. abah syukrii nak keja setengah hari. maksudnya tengah ari dia masuk keja. tapi..
memandangkan begitulah keadaannya klinik. dia amik cuti terus. kihkih..
sementara aku menunggu turn tu. syukrii dok ngan abah dia. aku suruh dorang balik je dulu. kesian budak tu tunggu ummi lama-lama. lagi kesian kat abah dia nak mengawal dia kat situ kenn..
hengat anak bujang tu nak dok diam berkutik sebelah ummi.? verangan la..

abaikan latar belakang tu.. gitu la jadinya bila hero berdua bergabung.




abah dia  cakap. dia baik je dok ngan abah. minum susu. tapi dia cari jugak nenen. bila dia nyot2 nenen abah masin!. dia gelak. hahaha.
then, abah bawak dia gi beli nasik. ( ummi tak sempat masak.. hewhew..) tertido dalam keta.
dan encik asben kita macam tau-tau saja bini dia craving masak lemak siput sedut. nyumm!
bila dak kecik tu tertido. abah pun takleh nak amik ummi lepas aje ummi selesai check up. kul 12pm.
dah ummi terpaksa naik bas balik umah. mujuq dekat. 
kul 2pm misi suruh pegi balik klinik. jumpa dokte pulak. nak scan baby katanya..
btw.. kena bebel ngan misi n dokte coz HB low. tapi bebelan yang super lembut. Alhamdulillah.. kali ni misi and dokte sangat lemah lembut. i loike!

hello eberibadi.. sy adik abam syukrii!

dokte yang scan kali ni baiknya.. dia xplain detail sangat. and me sangat xcitednya tengok my lil khalifah kat dalam tu melambai2.. dulu masa syukrii.. dokte lama tu tunjuk gitu2 je. dahla anak sulung. haram nak tau scan2 ni kan. pes time kenn.. gamba pun tak clear. 





semoga dipermudahkan ALLAH dalam mengharungi detik-detik kehamilan kali ni.. 
semoga baby lahir dengan sehat .. sempurna cukup sifat.. dan selamat. Aminn..






Estimated Due Date is 6/30/2015
Gestational Age Today is 16 week(s), 4 day(s) or 3.81 month(s) months.
Date of Conception 10/7/2014
First Fetal Heart Tones by Doppler: 12/9/2014 to 12/16/2014 (11 to 12 w)
End First Trimester: 12/23/2014
Blood Draw for Serum Integrated Screening: 12/2/2014 to 12/29/2014 (10 w to 13 w 6d )
Nuchal Translucency (NT) Ultrasound: 12/11/2014 to 1/1/2015 (11w 2d to 14 w 2d )
Quad Marker Screening: 1/6/2015 to 2/10/2015 (15 w to 20 w)
Best time to evaluate cervical length in patient with risk factors . After :1/13/2015 (16 w)
Best time for routine anatomy ultrasound: 1/27/2015 to 2/10/2015 (18 to 20 w)
2h OGTT in women not previously diagnosed with diabetes: 3/10/2015 to 4/7/2015 (24 w to 28 w)
Anti-D prophylaxis for women who are (RhD) Negative: 4/7/2015 (28 w)
Antepartum Fetal Surveillance in High Risk Patients: 5/5/2015 to 5/19/2015 (32 to 34 w)
Screening for Vaginal and Rectal GBS colonization: 5/26/2015 to 6/9/2015 ( 35 to 37 w)
Elective Delivery May Be Scheduled for Singletons After : 6/23/2015 (39 w)








haha. azam terlaksana walaupun huduh.
takpe praktis make perfecto. haha.


memula cantik je bentuk kapal. sampai opis berterabur. kahkah. buat kerot bintang2 tu hengat syukrii nak makan? dia pegang.. wooowwww... bintang. gigit sikit terus wat muka. pahtu.. ummi nahh.. bg ummi jugekk.. gggrrr... yg makan habis tu pisang salut coklat. pisang alwez his pebret fruit. 

misi akomplis!







Syukrii Ali dah tido. penat melalak tadi. kesian anak aku. tido atas kerusi sandar je. sobs.. aci tak nak bawak toto kat opis? hahaha.
bolehlah aku update entry kejap kan..
Baru sat tadi aku join group bento kt pesbuk. semangat pulak tengok mama2.. ibu2.. ummi2.. rajin buat bento kat anak depa. aku ingat mak-mak kat jepun ja rajin. kuikuikui.. ntah tiba-tiba rasa nak buat bento kat syukrii. 
Aku memang bawak sarapan makan kat opis. selalu aku main campak je dalam bekal. hahaha. kalau tak sempat lak.. nasik lemak iluminati tu aku beli. ngehngeh.
pahni nak rajin-rajinkan diri la buat hias cecomey ala bento tu. iye ke mell? boleh percaya ka? hek!

korang ada tak yang rajin buat bento kat anak-anak? yela.. sekarang ni kan masing-masing nak jimat. ramai jugak ibu-ibu yang bekalkan anak-anak makanan ke sekolah kan.

err... syukrii kalau ikut aku g opis. dia kata pi sekolah. sebab bawak beg sekolah dia. hahaha. tapi suruh angkut mainan letak dalam beg tu. sampai sini main menda bukan-bukan. ggggrrrr...








comeyy kannn.... agak-agak kalau aku buat. budak tu nak makan banyak tak? maklumlah dia agak picky eater. memilih.. kadang nak makan nasik ngan sup je. sayur? di luah balik. bawang sikit pun luah. pebret dia nasik lemak kosong tu je. kot kalau buat gini dia berselera kan.. jiran sebelah kata pasal dia nak dapat adik gurl. yoyo ooo je kan. buat aku berharap. tapi kalau masin mulut melimpah garam. best jugak. woohaa! 

ok. azam. nak buat bento esok. 

~cyaa~




Hajat hati nak aktif blogging cam dulu2 since da back to work kan sekarang ni. tapi.. dengan abam syukrii ni kelaut la jawapnya. ingat dia nak dok saja layan mainan yang ummi bawak. ada je agenda dia kat opis ni. mujuq la 4 jam je keja. haha.

berbalik pada tajuk entry. syukrii now dah 2y2w kot. aku cuba la usaha nak putus susu badan ni. tapi dia makin galak lak mintak. lagipun dah nak dapat adik ni kan. kandungan aku pun dah masuk 4 bulan. letih jugak la layan dia nyusu. ingat nak rest la sat sementara adik nak kua. kang turn adik lak kan..
dah macam2 cara ni aku buat. dan selalunya gagal sebelah malam. huhu.. malam2 dia ngamuk nak jugak2 nenen si nenen. buntu dah rasa. orang kata kalau nak dapat adik lama2 dia tak mau dah.. harap macam tu la kan.

semalam kan tengok la rancangan Cinta Ilmu kat AL-HIJRAH.. bab penyusuan  anak. ustazah tu kata seeloknya sampai 2 tahun. kalau lebih pun takpa. tapi seeloknya stop la masa 2 tahun. sebab mengikut kajian para cendiakawan budak lelaki yang menyusu lebih dari 2 tahun atau lama2. tak kira la nyusu badan ke botol ke. skill komunikasi dia agak lambat. maksudnya dia lambat nak memahami orang cakap. wallahualam.. 

then, bila syukrii mintak. aku pun cakap la..
" ustazah kata apa? tak elok dah nyusu. nanti lambat cakap.. lambat faham orang cakap. syukrii paham kan ustazah cakap.. "
dia tunduk pahtu buat muka sedih..
" paamm.. " katanya.. terus tak jadi selak. kira selamat la.. tiap kali dia mintak aku cakap gitu.. lega la rasa. sampai ke malam tak mintak. tapi. nak tido tu tewas jugak ummi. walaupun dah habis sebotol dia minum tetap jugak mintak nenen si nenen. huhuhuhu..

semoga ALLAH permudahkan segala urusan. 

velanja 1 gambar budak tu main nyorok2 kat opis ni.

cyaa~







selamat tahun baru.. yang tak berapa baru.. baru la.. baru aku nak ucap. hahaha.
sejak aku join group resepi ringkas kat pesbuk. macam-macam resepi aku cuba. al-maklumlah kan.. surirumah berjaya.. butt.. lately sejak jadi mak buyung ni malaihh ya amat derr.. nak  xsuka betul masuk dapo. namun begitu aku tetap jalankan tanggungjawap tu.. larat nak makan luaq? T___T.

ok. ni resepi ayam karamel.  en. somi aku suka betul ngan ayam goreng ni. kalau aku tau resepi ni awal-awal. kompem gerai nasik ayam aku masa bulan ramadhan aritu laku selakunya.. walaupun resepi lama tu tetap laku. Alhamdulillah..

ok.. let begin.

Ayam Goreng karamel





senang. takyah taip2 dah aku kopipes gambo je kat sini.
try la yu ols.. sangat marbeles.. menjilat kaki. eh! menjilat jari jemari salleh..





hai ols.. da hampir bertahun lamanya tak hapdate blog. hampir lupa pun penah ada blog. kihkih..
aku xcely da tak keje.. laptop pun tade,, sobs..  sobs.. ni pun pasai wat part time kat management apartment dekat kawasan aku tinggal. mujur boleh bawak abam syukrii.. eh.. korang ingat lagi tak kat anak aku tu?
Allah.. tunggang langgang kot opis ni dibuatnya.. haahahaha... btw.. dia da 2 years da tau korang.. kejap je waktu berlalu.. and nak jadi abang dah pun.. hihi.. yess.. im preggy mommy.. already 3month++.. Alhamdulillah... rezeki Allah bagi..








aksi budak 2 tahun  tu.. hihi..
sekejap je waktu berlalu.. rasa macam baby2 je lagi.. akai banyak ooo ni budak.. nak bagitau satu2 tu banyak lah list dia.. haha..
oklah.. takleh taip panjang2.. budak ni so jelousiii... ngacau je ummi nak menaip..

apapun.. marilah kita berdoa untuk mangsa banjir.. semoga mereka bertabah ..

cya..


Syukrii suka sangat dengan qasidah.. kalau budak Lain mungkin suka karton .. upin ipin .. ultraman.. minion.. dsb... Syukrii tetap lebih memilih ya hanana.. he he. Buktinya tiap Kali ummi pegang handfhone. Dia pun akan mula lah.. jerit nak tengok.. "nya Nana Nana." Selagi tak bukakan video ya hanana dia tu selagi tu lah dia jerit. bila dah tengok. Harus bg dia bergawang tangan angkat mcm dlm video tu..siap pusing badan lg. Menghayati betul.

Bukan aku tak pernah bg tengok karton tu semua.. tp dia xminat.. syukurlah kan.. anak aku ni dr kecik cintakan rasul. Huhu..

Rutin dia.. seawal pg.. tengok 'tanyalah ustaz'. Dia tengok dengan kusyuk hoceyy.. lagaknya mcm faham apa yg ustaz cakap. Kehkeh..

Sarapan sambil tengok 'rasul yg kata'.
Yg ni mmg pebret beliau. Sebab dalam program tu kan ada dikir barat.. kompang.. sebuk dia berdikir sama. Tergawang gawang tangan meniru.

Lepas tu.. baru upin ipin.. tengokla jugak sekejap.. sebelum dia wat agenda seterusnya..

Aku harap dia terus membesar menjadi anak yang soleh.. mencintai Allah dan rasul lebih dr segalanya. Aamin..


Tiap Kali ummi atau Abah solat.. mcm ni La dia.. nk jugak..
Allah.. Katanya..


Malam cinta Allah dan rasul yang lepas.. 
Dok tiket depan okeyy.
Hahaha..


Oklah yu ols.. sampa di sini sa


Oklah yu




Bismillahirrahmanirrahim.. fine.. sementara quota masih Ade ni.kite berstori serba sedikit. Budak kecik tu pun dok sebuk main. OK fine. Mengemas rumah katenye.. tape la  janji ummi dah pagaukan tangga.. hurmm.. we ols da blik semula ke puchong..

~kita merancang dengan cita cita.. tapi sebaliknya Allah merancang dengan cinta~

Aku percaya.. in the end.. Allah dah rancang yg terbaik buat kita.. siapa kita nak menolak takdir.. jalani saja dengan sabar dan syukur..

~ Allah sebaik baik perancang~

Penah dengar ayat ni? Mestila penah Dgr kann.. sekarang jadi moto idup aku la kira. Err.. bukn dr dulu ker.. hihik..

berbalik pada tu.. sejauh mana aku melangkah.. akhirnya balik jua ke tanah kelahiran dua hero aku. Allah tak izin jua kami bermaustatin di tanah kelahiran aku..

Apapun.. tempat seorang isteri adalah di sisi suami ..

baheklah.. sampai di sini saja..
Line kehampehan betul..




Heyoo... semua.. pa habaq. Lama ta Bebel Bebel kan. I rindu rindu la kat uols. Xpeceli blog yg do abai nih. Rindu nk corat coret tentang Syukrii yg aktip sesangat ni. sungguh kekadang rasa ttalk terhendel. BTW.. I now dah jd sYuri rumah Tangga yang terhormat gitu semula.. hamat bzzz hokeyyy... ari2 JD Tarzan.. ahak! OK. T sambung dak kecik Macau. Jeles betul laaaaa...

Abaikan typo tahap maksima tu. Pkai taihh krinn jaa..


Dua hari tak bersiaran.. kekok la pulak.. kunon je ko mell. 
er.. 2 hari lepas. aku terima pesanan ringkas dari kakak sulung aku.. dia dijangkiti denggi berdarah.. dan di tahan di ward. so, atas dasar kerisauan. aku ajak mak , ayah dan suami aku pegi melawat dia puchong sana.. sejak kami anak veranak pindah ke kampung.. kakak aku tu tinggal la sorang2 kat sana.. ada sedara mara.. tapi taklah dekat.. harapkan kawan-kawan dia jela.. dahlah dok sorang2 kat rumah tu.. mujurlah ada kak ujie ( kawan kakak aku..) yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.. kakak aku ni liat sikit nak pegi klinik. 2 -3 ari sebelum tu dia dah mengadu demam tak kebah2. dah 3 ari. aku suruh g klinik. tapi xnak. katanya kerja takda orang ganti. kenal sangat dah perangai dia. workoholit. uh! 

pagi isnin tu.. bincang2. tanpa sebarang perancangan. kami decide nak pegi tengok dia. tengah hari tu kami pun bergerak.. sebelum tu kami singgah ke rumah abang aku di teluk batik. pada mulanya, dia nak ikut sekali.. tapi isteri dia tengah sarat bersalin dan dia pun baru balik dari scan anak dia di klinik.. hasil scan. dokte cakap baby masih dalam keadaan songsang. dah 34 week. kalau still macam tu. maybe terpaksa di czer nanti. so, aku bagi petua.. selalulah bersujud. dan berdoa yang baby masuk laluan yang betul. dan sentiasa lah pujuk baby dalam kadungan tu supaya dia masuk ke lalui..  amalkan membaca surah maryam. supaya senang bersalin. mak aku juga bagi doa dipermudahkan urusan.. doa tu pun memang aku doa amal. syukrii dulu 32week dah masuk laluan.. masa aku bagitau tu. kakak ipar aku tu gelak pulak bila aku suruh pujuk baby. eh? gelak pulak. takkan tak pernah bercakap dengan baby dalam perut tu? hurm.. aku harap baby dalam perut kakak ipar aku tu dengar cakap. sebab maksu dia ni dah pesan. semoga semuanya dipermudahkan selamat.. amin..


doa di permudahkan urusan

lepas solat zohor di rumah abang aku. kami pun bertolak ke puchong. ( syukrii hometown ) hikhik.. masa masih dirumah abang aku tu. kakak aku bagitahu. maybe dia dibenarkan keluar petang tu. tapi, dah alang2 kami nak pegi tengok. teruskan lah jua.. sampai sana dah malam.. kakak aku pun dah selamat sampai rumah. jadinya melawat dirumah dia sajalah. mak aku dah siap masak sup ketam dah.. kan orang cakap bagi sup ketam kalau orang kena denggi.. 

sampai saja ke puchong kami singgah dulu kat rumah SIL. kesian ayah aku.. letih kot dok lama2 dalam keta.  ayah aku tu dahla strok. makan malam kat rumah SIL. lapar ko.. 5jam perjalanan..campur jem lazat berkrim kat keyel tu.. haduii.. kata tol naik.. tapi sama jer. belum diperkuatkuasa lagi kot.. projek2 LRT di puchong belum siap lagi..  hamboih ko mell, baru 3 bulan tak balik puchong. macam 3 tahun lagaknya ya.. kahkah..
lepas makan dan syukrii main2 kejap ngan bang aqil.  kami pi sekejap kat rumah kakak aku. mak aku , aku dan syukrii je naik. suami aku temna ayah aku kat kereta. rumah akak aku tu tingkat 3. apartment 5 tingkat tu. mana larat ayah aku nak manjat. mak aku pun semput2. aku lagilah.. dukung dak debab tuh. haha.
mak aku panaskan sup ketam tu. suruh kakak aku minum banyak2. aku.. tengok jer.. hehe.. mak aku nak tido rumah paksu aku kat taman Dato harun , pj. sebab rumah paksu ada katil. senang ayah aku nak tido. pada mulanya.. suami aku ajak tido rumah lama kami.. tapi.. bila pegi tengok.. alahai berdebunya.. ya lah.. adik bujang dia saja yang duduk. mana lah nak kemas. lagipun takde katil kat tingkat bawah tu.. 
aku pulak, tido rumah kakak aku, kononnya nak temankan dia. dah jauh2 datang ni.. en suami aku tu pulak. tentu saja nak borak2 dengan kawan2 lama dia.. dia tido kat rumah lama tu.. kesian pulak tido debu2.. 
tapi malam tu. syukrii mengamuk nanges. 3 pagi bangun. kembung.. entah kenapa. aku tuam2 perut dia baru dia lena tido. itupun dah pukul 5. kul 7 lebih dia dah bangun. main2 .. spotcek rumah maklong dia.

esoknya.. pagi.. hubby aku col bagitahu. kereta takleh start. ah sudah,  sebelum ni memang bateri kereta tu buat perangai. kadang2 kong. dah pegi cas dan servis kereta dah sebelum kami jalan jauh ni. mujur ada kereta jiran. so, jumper la kejap. ( jumper eh. aku mana tau bahasa keta nih.) elok sampai rumah akak aku. sekali lagi kong. langsung takleh start.. bak kata kak anim. rezeki juga bateri kong kat rumah akak aku. kalau tengah jalan macam mana? hehe.
mujurlah akak aku ada kereta. rezeki lagi.. kami naik kereta akak aku pegi ke rumah paksu, paksu ajak makan tengahari kat rumah dia. kami naik kereta akak aku la jawapnya. dah naik kereta akak aku. kereta dia ekon rosak. boleh dia tak perasan ekon rosak. gitu? 
sampai rumah paksu, paksu aku takde, mak aku kata pegi amik maksu dialisis, maksu aku tu diabetes. kena dialisis. paksu mintak mak aku masak.. lama tak makan masakan kakak kesayangannya katanya.
mak aku pun masak kari ikan merah, sambal sotong, udang goreng kunyit, ikan bawal goreng, sayur bayam dan jugak sambal belacan semestinya.
syukrii pulak. tunjuk eksen. berjalan2 keliling ruang tamu toksu, abih semua di spotceknya. dia kan FBI. haha. 
pasal bateri kereta yang kong tu. terpaksalah labur duit beli bateri baru.. sementara mak aku masak tu, sempatlah hubby aku pegi isi gas ekon kereta kakak aku dan beli bateri.

lepas zohor, hantar kakak aku. tukar bateri . singgah rumah lama kejap. ambil barang2 yang tertinggal masa pindah dulu tu.. sempatlah aku ambil album lama aku yang yang tertinggal, mujurlah jumpa.. kain buaian syukrii..  hajat nak amik komik2 manga tu. tapi kang bising pulak en.suami ku itu.. tinggal jela kat ain ( anak sedara suami aku ) ...suami aku ambil kasut dan juga pancing dia. ahh.. rindu jugak kat rumah lama tu.. tapi..macam dah tak seronok kalau nak stay kat situ dah. huhu..
lepas. singgah rumah lama tu.. kami singgah pulak kat rumah atok syukrii. (pakcik. ayah tiri hubby) rumah atok syukrii bersebelahan masjid as- salam., puchong perdana, my mum teringin sangat nak tengok masjid tu, masjid tu kan pemes, selalu masuk tv, rancangan halaqah. tanyalah ustaz dll.
singgah sekejap saja kat rumah atok syukrii, hari dah petang.. takut lambat pulak sampai ke perak.. sempatlah juga syukrii bergurau ngan atok dan tunjuk skill joget dia. kebetulan progran tv ada joget2 dia pun ikut sama berjoget.kihkih.

lepas tu.. terus kami balik ke pantai remis , perak.
syukrii merengek jugak. dalam kereta taknak dok ngan ummi, nak dok ngan opah dan wan kat belakang. dok depan asik nak mengusik abah drive jer.. nak tukar gear bagai. hujan di beberapa tempat.. jenuh juga hubby nak bawak kereta.

akhirnya , pukul 9malam. kami pun sampai di rumah..


panjangnya entry kali ini.. yu ols.. sebenarnya, aku akan stop berblogin buat sementara waktu.. sebab aku dapat kerja.. pada mulanya aku memang nak jadi fulltime housewife jer.. tapi. atas sebab2 tertentu, ekonomi terutamanya. aku kena kerja jugak lah.. impian nak berniaga dulu tu. terpaksa di tangguhkan dulu.. pasal dah tengok lokasi dan plan pemasaran kat sini. macam xleh lagi nak go lah. maybe perlukan sedikit lagi masa. acewahh.. dan kerja yang aku dapat ni tak mengmungkinkan aku berblogin seperti biasa.. atas sebab kekangan masa. hukhuk.. i'll miss yu ols.. sobs.. sobs.. mohon jangan dilupa aku dan syukrii.. 






~cyaa~

with love ,
Mell a.k.a ummi syukrii
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME





Just simple me.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Resepi : Laksa Mee Pantai Remis.
  • resepi : kek milo kukus mudah.
  • wordless wednesday_ amazing street art
  • tipikal drama melayu
  • Diary : senyuman yang indah
  • Petua : Teknik tepuk belakang bantu buang kahak bayi
  • Diary : Dugaan Syawal yang menyayat hati.
  • ragam dua sepupu
  • Diary : 6 bulan sudah
  • Petua : hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi.

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

About Me

Mell Mariann
View my complete profile

Mereka

Search This Blog

Jari Berbicara

  • ▼  2016 (2)
    • ▼  January (2)
      • Jari kembali berbicara.
      • Long time no see.
  • ►  2015 (13)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (138)
    • ►  December (28)
    • ►  November (26)
    • ►  October (7)
    • ►  September (22)
    • ►  August (15)
    • ►  July (14)
    • ►  June (11)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (6)
    • ►  June (13)
    • ►  May (29)
    • ►  April (23)
    • ►  March (16)
    • ►  February (5)

Bicara mereka

  • : : : D a r i B i n t a n g : : :
    Tukang Urut - Therapist - Massage
    3 years ago
  • Ini Cerita PUAN KUTU...
    Resepi Kek Karot Sedap
    6 years ago
  • Di Jari Pena Menari
    Kurus Tak Semestinya SIHAT
    6 years ago
  • DayangDeno
    Wordless Wednesday : Relief
    6 years ago
  • Cḧuu Muqhlis
    Amin
    9 years ago
  • cerita ceriti
    Fitnah
    10 years ago
  • Capital H
    First Four
    10 years ago
  • ..::~**Sinar Kehidupanku**~::..
    Talam Lapis Surabaya
    10 years ago
  • Bunga Hati MaMa
    SELAMAT HARI LAHIR KE-4 ALESYA SAYANG
    10 years ago
  • ...Mrs Erry Bercerita...
    Iftar Bersama Sahabat Baik Zaman Sekolah
    10 years ago
  • Hanieliza's Cooking
    Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya
    11 years ago
  • BUNDLE PAGES
    Bacaan Result Tumor Marker 2013-2014
    11 years ago
Show 5 Show All

Pengomen Terhebak

Tegur sapa


Hello guys, TOLONG JANGAN BERIKLAN di SINI Hoccayyy.. lebih baik beramah mesra yerr..!!






visit - visit
  • Home

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates