wahh..wah.. gambo makan!
ni adalah base dari CNN TRAVEL. punya record.
1. APAM BALIK.
aku suka apam balik nipis..
ada 1 stall tepi jalan depan pasaraya BILLION. pantai remis. giler sedap weyhh.. and pakcik tu pun tak lokek ilmu tau. kalau tanya resepi. dia bagi jer. aku je tak tanya lagi. kahkah.
2. MEE GORENG MAMAK.
Aku ingat dulu kecik ayah aku selalu bawak aku g makan mee goreng mamak kedai leman. sedap kott.. walau berpuluh kedai mamak aku pegi. tetap tak sedap macam zaman kanak2 aku dulu. kedai leman tu dah takda..
3. NASI KERABU
ngeh~ sapo dok tahu nasik kabu weyhh... sedak ah! ado budu gi tuh..
aku suka jugak. tapi aku makan yang serbuk kelapa tu aku letak tepi. boley?
hahaha
4. AYAM PERCIK
pebret my hubby kot.. haha.. ada 1 gerai kat pasar ramadhan sg.way. aku suka beli situ. pasal adik yang jual tu pandai tarik perhatian.
~ayam percik.!!... ayam percikk!!... ayam percikkk!!~
5tahun aku dok sg.way. dari dia kecik sampai besar. tiap tahun dia ada. alunan suara dia tetap sama cuma makin pecah. hahaha.
5. NASI LEMAK
Aku rasa nasik lemak patut mengungguli carta.. ni.. depa ni tak research betul2 lah.. hahaha
6. ROTI JOHN
roti john!. lama tak makan derr.. buat sendiri lagi best. marbelesss!
7. RENDANG
teringat rendang arwah mak mertua aku. sedap.. rinduuu.. T__T
8. KUIH MUIH
opcos la kuih muih ni pemes.. makanan sampingan katanya.. hehe
9. NASI KANDAR
kalau korang lalu pantai remis. singgah lah ke NASI KANDAR PANTAI. aku berani cakap nasi kandar dia lagi sedap dari nasi kandar kayu , pelita etc. tapi datang memang kena sabar. sebab beratur orang derr... tak percaya. jom mai!
10 . POPIA BASAH
Ate.. apo lah CNN travel ni.. popia bukan termasuk kuih muih ker? ate.. lantokler.. haha.. masa pregnen syukrii aku ngidam popia basah. saja nak bgitau. hehe
11. LAKSA
ni laksa aku buat tau.. hahaha.. nak resepi? klik -----> sini
aku bangkang ni.. patut laksa dalam TOP 5.. pebret aku ni weyhhh..
12. BUBUR
bubur pun masuk list?
13. ROTI JALA
Pun boleyyy... pebret orang mesia jugak ni kann..
14. MURTABAK
baru tadi borak pasal murtabak ngan membe aku. ni murtabak pemes kat kuantan katanya..
kat pantai remis pun ada murtabak sedap. aku rasa pi mana2 pun xsedap cam murtabak kat kampung aku. hehe.. seyesss hoccay. membe aku dari key el pun kata camtu bila dia rasa.
15. CENDAWAN GORENG
Xtau lak aku cendawan goreng antara peberet org mesia. hehehe
btw, sebenarnya ada 40 peberet food orang malaysia. tapi aku shortkan sampai 15. pasal xlarat google gambar. kahkah..
apapun... ALHAMDULILLAH.. bersyukurlah kita masih di beri peluang merasa nikmat makan berbanding orang2 yang susah. nak makan apa2 pun bercatu.. kan..