rumah kami amat banyaklah nyamuk. ekoran dekat dengan tong sampah dan longkang besar.. ada pulak pokok2 besar.
badan aku ni pebret dia. sampai en hubby dok heran apsal la nyamuk dok suka sangat kat sayang dia. haha. hampir tiap2 malam dia jadi tukang tepuk nyamuk. padahal dah sembur shieltox dah.. dah pasang ubat nyamuk. kipas lagi.. nyamuk tu pun kat hubby xnak lak dia gigit2..
dulu.. masa baru2 kawen.. penuh muka aku dengan kesan gigitan nyamuk. sampai kawan2 sekerja kata.. hancuss muka aku. cis!
okeh.. berbalik pada petua..
semalam aku bangun sahur. then, rasa cam sejuk.. aku kalihkan kipas dr syukrii.. takut sejuk. pahtu aku pegilah sahur. abah syukrii xda. g qiamulail kat surau..
pahtu, elok siap sahur. dengar dia meraung..
cepat2 pegi tengok. kot jatuh katil ke. nauzubillah!
tengok2.. abih muka dia.. masyaallah.. nyamuk oii... habis muka anak aku.. cisss!!!
 |
| abis kena ciyum dek nyamuk!! |
baby bawah 2 tahun xleh letak mopiko kot tak silap aku.. tak ingat.. sebab ada yang larang dulu..
nak tau petua dia apa? ubat dia tak kua modal pung..
sapukan TITISAN EMAS pada kesan gigitan nyamuk.. a.k.a sapukan SUSU IBU kat kesan gigitan nyamuk tu..
 |
Next morning.. hilang sudah... tinggal sikit2 jer.. abaikan beliau yang cekcii.. hihi |
mujarab!
nota kaki : kat orang tua tak test lagi.. nanti la nak test kat badan sendiri.. hahahaha
Al-kisah, rite now.. aku sakit gusi.. rasa tensi semacam.. pagi-pagi pc buat hal. asik hang jer. rasa nak lempang 18 kaki.. naik ke tengah hari SQL lak wat hal. sudah berpending2 keja dakuh!. tambah ngan sakit gusi. rasa nak hantok kepala cicak ke bumbung. err.. cicak xde kena mengena..
celeg lak g obersea. sokmo gitu kenn dia.. tym aku sibuk nak cuti raya.. dia pong sibuk nak jenjalan.. bagi aku kerja kaw2 dulu.. takpe2.. janji aku dah dapat bunos. muahaha..
oleh kerana sakitnya gusi ni.. aku pun google la pehtua2 hilangkan sakit gusi..
antaranya :
- hancurkan umbut nenas campur sikit garam halus. tepek kat gigi sakit. lakukan berulang kali sampai sembuh.. ( mana nak cari nenas.. malas ah.. kensel! )
- ambil kulit pokok mempelam/mangga. rebus, tambah sikit garam. kumur suam2.. lakukan setiap pagi sehingga sakit gusi hilang.( pokok pelam ada la sebelah rumah.. tapi pikir balik kotor kot kat pokok tu.. xjadi.. kensel lagi! )
- kumur ngan air kunyit.. ( macam senang.. tapi tak ke kunin gigi satgi??? )
- kumur air garam.. ( paling senang.. tapi kemujaraban dia sekejap aje kot.. adehh )
cuba korang bagi ide sikit.. sakit betul gusi ni.. belah dalam lak tu.. kat geraham sana nunn.. hat hujung sekali..
huwaaa.....
 |
| doa sakit gigi |
akibat jerebu.. syukrii dapat batuk dan selsema.. kesian betul.. tapi dalam dok batok tu kuat lagi menjeritnya.. haih!.. aktif macam biasa.. tapi tula.. tido tak berapa lena.. batuk.. pahtu nak ada depan dia jer.. penyudahnya kelam kabut tahap kari babas ummi harini pepagi.. huhuhu..
pagi tadi teringat tentang teknik tepuk belakang bayi.. so aku pun try la..
Alhamdulillah.. teknik ni amat berkesan hoccay..
ni aku share.. aku cilok dr google.. aku nak wat syukrii jadi model tak dapek pasal photograper tak ado..
hahaha..
 |
| kredit to mereka di atas. |
TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!!
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak TIDAK minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
lebih kurang kat atas la aku buat.. tapi aku selubung ngn kain.. aku ngan syukrii sekali.. ibu anak berwap.. hehehe..
aku letak bawang putih.. bawang putih adalah penawar selsema okeh. malam tido pun aku pakaikan garlic sock. nanti aku share pulak pasal petua garlic ni.. tapi aku rasa ramai yang tau kot.. hehehe.. btw..memang banyak kuar fungus hingus dia buat teknik ni.. lega tengok..
balik karang nak buat lagi..
kesian anak umi selsema.. :(
 |
| batuk2 pun harus senyum... hahaha |
TIP KASIH SAYANG SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. dan juga batinnya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
|
P/S : kene blajo nie... hehehehe...