lama tak hapdate woiii...
entah apa nak hapdate pun tak tahu. nak taip banyak-banyak memang tak boleh lah..
lil habib tu dok ngaco kan.. nak tengok omen ( ultraman).. nak tengok eebott (transfomers)
nak tengok api ( thomas and friends). and many more. pc ni dah jadi milik dia kot. hahahaha.
oklah.. beberapa hari yang lepas. ( baru nak hapdate? )
aku buat kek karot. simple sangat ok. maklumlah.. aku ni suka yang simple. hohoho.
syukrii ni kan budaknya payah nau nak makan sayur. macam2 cara. dressing lawa2 pun dia gelak2 je tengok. pastu "wowwww".
last2 amik suap mulut ummi. huwaaa...
so, akhirnya dapat idea nak wat kek karot ni.
dia ikut abah dia tau. karot tak makan tapi karot susu minum lak. hahaha.
oleh kerana dorang xmakan sayur tumis karot. aku pun buatlah karot susu.
then, hampas tu macam sayang lak kan. eh! buat kek lah..
sedap and gebuss jugak yu olss!!!
let see da recepiiii...
Carrot cake with raisin
- 3/4 cawan gula. Nk half gula half susu pekat pn bole. Adjust la.
cara :
Blend telo,gula n ovelet sampai kembang. Ayak tepung. Campur minyak n telo yg di blend td dan juga hampas karot. Gaul sebati. Masuk loyang. Tabur raisin @ badam. Kukus 45 min. Nk bakar pn bole.
 |
| tadaaa!! |
yummiehh!!!
Aku suka makan cheezy wedges kat kfc tu. kadang kalau gi makan kat kfc. tu je aku makan.
dah lama aku ambik resepi tu dari group Fb. ' RESEPI RINGKAS' .. tapi tak buat-buat.
beberapa bulan yang lepas, aku ngan kakak aku balik kampung. kakak aku la buat. sedap gak.. rasa sejibon cam yang kfc punya tu.
aku la add kan kakak aku dalam group tu. dia dari malas masak jadi rajin masak. padahal dia bujang pun.
balik kampung macam-macam resepi dia try. sampai mak aku tanya. "hang ni dah pasai.. macam tak penah masuk dapoq." hahaha..
eleh.. mak aku pun. dah tau kami ni ada resepi macam-macam. terus mintak resepi kuih qasidah la.. itu la ini la.. dan-dan tu jugak buat. sapa yang tak penah masuk dapoq la ni? hahahha.
ok berbalik pada resepi tu.. meh aku share.
 |
| ni aku buat baru2 ni. |
Kentang Wedges
bahan :
- serbuk kunyit / serbuk kari
- Rebus kentang halfcook. atau agak2 lembut tapi jangan lembut sangat. gaul dengan garam dan serbuk kunyit/kari. goreng keemasan.
Sos cheezzy
- 1 tin susu cair ( aku bancuh susu nespray.. malas nak p beli susu cair. hahaha )
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 kiub pati ayam ( aku pakai kiub ikan bilis.. lagi kes malas ke kedai.)
- serbuk lada hitan kalau suka. ( aku letak sikit lada sulah )
- cairkan butter/majerin.. masukkan susu tepung.. kacau.. masukkan susu cair sikit demi sedikit.. kacau sehingga tepung tidak berketul.. masukkan slide cheese. pati ayam.. lada hitam and pewarna.
masak dengan api perlahan. kacau selalu. masak sehingga jadi likat..
Homemade Mayonis.
- 1 sudu makan cuka/ jus lemon/jus limau nipis
- sedikit serbuk lada hitam/sulah jika suka
- blend telur.. masukkan cuka, gula, garam, lada hitam.. blend sebati.. perlahan-lahan tuangkan minyak ke dalam bahan tadi dan pastikan blend masih lagi ON. tuang secara bertali. maksudnya.. tuang minyak dari atas. macam tarik teh tarik tu.. then siap!
selamat mencuba!
selamat tahun baru.. yang tak berapa baru.. baru la.. baru aku nak ucap. hahaha.
sejak aku join group resepi ringkas kat pesbuk. macam-macam resepi aku cuba. al-maklumlah kan.. surirumah berjaya.. butt.. lately sejak jadi mak buyung ni malaihh ya amat derr.. nak xsuka betul masuk dapo. namun begitu aku tetap jalankan tanggungjawap tu.. larat nak makan luaq? T___T.
ok. ni resepi ayam karamel. en. somi aku suka betul ngan ayam goreng ni. kalau aku tau resepi ni awal-awal. kompem gerai nasik ayam aku masa bulan ramadhan aritu laku selakunya.. walaupun resepi lama tu tetap laku. Alhamdulillah..
ok.. let begin.
Ayam Goreng karamel
senang. takyah taip2 dah aku kopipes gambo je kat sini.
try la yu ols.. sangat marbeles.. menjilat kaki. eh! menjilat jari jemari salleh..
Aku rasa semua orang pun tau masak paprik kot.. tapi aku gedik nak share resepi gak.. eh! jap.. my mum tak tahu masak paprik tau.. jarang makan luar kekdahnya.. tu yang tak tau. mak aku ni lebih suka makan kat rumah dari beli kat kedai..
so, malam kelmarin dulu-dulu.. hehe.. anak-anak buah aku nak makan paprik.. so, aku kata dari beli. baik maksu yang buat. lagi sedap marbeles dilises hingga menjilat kaki. haha..
plus.. hencik suami yang tersyayang suka sangat paprik.. dah beberapa hari dia request nak makan paprik.. xcely kan.. sejak dok kat rumah mak aku ni.. jarang benar aku masak.. masak pun untuk syukrii.. mak aku yang masak. bila aku nak masak. dia tak bagi. huhu.. makkk... percayalah anak bungsu mak ni dah pandai masak. cubalah rasa sekali sekala. hukhuk..
jadi.. tak kira, malam tu aku masak jugak paprik yang sedap tak terhingga air tangan aku tuh.. sila jangan muntah monggek.. aku memang berbangga diri ni. kahkah.
tanpa membuang masa.. marilah kita tengok resepi dia.. walaupun hakikatnya aku masak apapun tak pakai sukatan.. kecuali kek. hahaha..
Paprik Ayam marbeles/mudah.
Bahan-bahan :
- sejumlah ayam / udang , sotong , daging. campur2 gitu.. (potong kecik-kecik) - kuantiti ikut suka kau horang lah.
- 1 labu bawang merah/bombay. (dimayang-mayang.. di pilis-pilis. )
- 2 ulas bawang putih.( tumbuk )
- 3 ulas bawang kecik (tumbuk)-optional.. kalau ada lagi sedap.. takdak pun kira halal.. aku jarang guna bawang kecik. heh!
- 2 batang serai ( di titik..)
- 5-6 helai daun limau purut.
- 1 biji tomato (potong wedges)
- 5-6 biji cili padi (tumbuk kasar) - kami panggil cabai melaka. hehe.
- kacang panjang/buncis , kobis bunga, carrot , jagung muda.
- 2 sudu cili blend/ cili giling -terpulang gak nak letak banyak mana. hagak2 je ni.
- sedikit sos cili , sos tomato , sos tiram - agak2 lah yer..
- bahan perasa. garam etc..
Cara-cara :
- goreng sekejap ayam.. terpulang. nak letak kunyit ke tidak. goreng agak2 dah separuh masak. angkat letak tepi.
- tumis bawang yang ditumbuk..
- masukkan cili blend , segala sos ,.. dan cili padi biar mendidih..
- masukkan ayam yang di goreng tadi.. masukkan sedikit air..
- masuk lagi serai , daun limau purut dan sayur-sayuran
- biarkan mendidih.. dan perasakan masakan..
- masukkan bawang besar dan jugak tomato
saja buat bullet banyak2.. macam payah je kaedahnya.. padahal main campak2 je semua. hakhak..
suami aku memang suka lau aku masak paprik ni.. katanya lagi sedap dari kat kedai.. kombanglah hidung kejap.. hahaha..
pahni nak request makan apa lagi bang? hak!
tekak aku request nak makan butter prawn ngan cili crab.. bila ntah nak buat.. hamboih... tekak.. kemahen lagi ko mintak yer.. lalalaaaaaa....
~cyaa~