syawal tahun ni paling menyedihkan.. dugaan datang bertimpa2.. Maaf.. lama tak publish sebarang entry.. malah pesbuk pun tak bukak hampir 2minggu lamanya..
baheklah.. mari dengar kisah menyayat hati ini..
hati aku sebenarnya..
2 august 2013..
pagi sebelum pegi kerja.. badan syukrii dedar.. bagitau bs. dan bagi ubat.. mintak bs bagi ubat.. syukrii menanges bila ummi tinggal dia.. jarang syukrii menanges bila kena tinggal.. sabar jela ummi..
balik, amik syukrii.. badan sangat panas.. tanya bs.. bagi makan ubat tak? bs cakap tak bg makan.. sebab memang badan dia gitu. boleh? and tak bg mandi. sebab rumah dia air sejuk sangat.. boleh macam tu? im feel like.. what the hell? geram.. lucky haritu hari terakhir syukrii kat rumah dia.. lepas ni syukrii tukar bs..
malam, lepas bukak puasa. terus bawak syukrii pegi klinik.. masuk ubat kat bontot..
pukul 4pagi demam lagi.. masuk lagi ubat kt bontot..
3 august 2013 - 5 august 2013..
demam syukrii on off.. bagi makan ubat.. dia sehat dan aktif.. malam dedar balik..
6 august 2013..
dah sehat.. tinggal batuk jer.. so, decide balik kampung esoknya.. balik melaka..
7 august 2013..
7 am. bertolak balik melaka.. syukrii tidor jer sepanjang jalan.. agak kurang bersemangat.. asik merengek jer..
9 am. sampai rumah nenek... syukrii demam balik.. cek pakai termometer. 38'c. ALLAH.. demam balik dia..
makngah dukung syukrii.. nafas syukrii agak laju.. makngah ada asma.. so, dia boleh rasa yang syukrii macam nak kena lelah.. makngah suruh bawak pegi klinik cepat.. letak beg.. terus pegi
klinik kesehatan umbai.. bagitau dokte yang syukrii demam on off sebelum ni.. doc refer pegi
hospital melaka..
11 am.. hospital melaka.. doc suruh amik neb.. 3kali neb.. masih tak clear.. and hasil x-ray.. syukrii kena
jangkitan kuman di paru-paru a.k.a pneumonia. kena tahan ward.. takpelah.. demi syukrii.. moga dia sehat seperti biasa.
4 pm.. ward.. 5orang dokter berkurumun cek dia.. tanya macam2.. sampai xlarat nak jawap. kena cucuk.. masuk air. masuk oksigen.. aduii.. teruk jugak keadaan anak aku sebenarnya..
7.30 pm. bukak puasa.. sayu... rasa hati... telan nasik macam xtelan jer.. dengar takbir raya dari masjid sebelah hospital.. sadiss...
8.30 pm.. doc datang.. syukrii kena masuk
PICU.. Nafas dia makin laju.. dah cecah 200+ . oksigen pulak makin kurang.. doc takut nafas dia terhenti tiba2. so kena pantau lebih rapi. sedih sangat.. tengok syukrii melalui saat2 kritikal macam tu.. syukur Alhamdulillah.. syukrii masih mahu menyusu seperti biasa.. sepanjang dia demam.. makanan syukrii hanya susu ibu.. dia xmahu makan atau susu formula.. doc cakap as long dia menyusu tak muntah tak apa. jadi.. aku hanya bf dia sahaja..
duduk dalam
PICU.. buat aku menangis tersedu2.. diiringi takbir raya dan bunyi mercun di luar sana..
8 august 2013 ( 1 syawal 1434 )
takbir raya berkemumandang...aku tatap wajah sayu syukrii.. tahun ni kita beraya di sini nak.. moga syukrii membesar jadi anak yang sehat, kuat dan soleh.. maafkan ummi.. gagal jadi ibu yang sempurna.. gagal menjaga syukrii dengan baik.. maafkan ummi sayang.. terkilan sangat..
pagi.. lepas sembahyang raya.. suami aku datang ziarah.. bawak ketupat dan rendang yang nenek bekalkan... pilu.. tengok suami aku pakai baju melayu tak bergosok.. sebak betul. patutnya pagi raya kami akan sedondon.. bergambar.. bersuka ria.. terbayang baju melayu dan songkok syukrii.. apa boleh buat, aturan ALLAH buat kami tentu ada hikmahnya.. aku redha..
 |
| bengkak mata sebab banyak menangis.. dahla sepet.. tmbg lg sepet.. |
syukrii masih lagi demam.. doc masukkan antibiotik.. nafas masih laju walaupun dah berkurangan.. malam tu petukaran shift nurse.. datang seorang. nurse.. dia kata dia kesian tengok syukrii bernafas.. dia cakap dia nak sedut kahak syukrii.. aduii.. mengamuk syukrii bila dia masukkan tiup tu.. luka hidung dia.. tapi.. alhamdulillah.. lepas sedut kahak dia.. nafas syukrii xberapa laju dah.. dan makin lama makin ok.. tapi malangnya pulak. kesan dari antibiotik.. syukrii kena cirit birit sampai melecet punggung dia.. merah menyala.. tiap kalu tukar pempes. maka berkumandang lah suara raungan dia sekalian hospital.
 |
| penuh wayar.. terpaksa menyusu satu side sahaja.. |
9 august 2013 (2 syawal 1434 )
petang.. alhamdulillah.. syukrii di lepaskan ke ward biasa.. berjumpa dengan rakan-rakan baru.. rupanya banyak kes macam syukrii.. rata-rata yang dimasukkan ke hospital akibat pneumonia. dan jugak sawan.
dan rata-ratanya jugak dari key el. pulang beraya.. yang akhirnya terstuck kat hospital macam kami. heh! dok dekat ward biasa. buat aku lega sebab boleh sembang2 dengan ibu2 yang lain.. bergurau2.. satu pengalaman yang indah dalam kepahitan.. bila teringat keletah2 anak2 yang lain.. macam2 ragam.. tapi yang paling kuat mengamuk dak syukrii lah.. pantang dokte lalu.. misi lalu.. mengamuk tak hengat..
lagi bila kena neb.. memang bergaduh ajer. sebab dia akan memberontak. kuat lak tu banting badan nak lari dari kena neb.. last2 ummi balut pakai kain batik xbagi gerak.. dorang cakap dah macam ulat beluncas kena balut. haha.. kadang kesian sebab dia mengamuk sampai tertido bila kena neb.. tapi.. ummi kena cekalkan diri.. sebab nak dia cepat baik..
 |
| sampai tertido.. |
10 august 2013 - 12 august 2013 ( 3-5 syawal 1434 ).
Alhamdulillah.. akhirnya.. 5 hari raya syukrii dibenarkan balik.. demam pun dah xda.. tujuan doc hold sampai 5ari sebab nak lengkapkan antibiotik. nampaknya.. kami beraya sakan lah kat hospital.. huhuhu.
 |
| dah sehat.. ceria lah.. walaupun jarum tak cabut lagi.. hehehe.. |
 |
| tetap ceria anak beranak.. ngeh.... |
dugaan syawal ini aku terima dengan redha.. walaupun jauh di sudut hati aku menyesali diri.. mungkin aku yang gagal mejadi ibu yang baik.. mungkin ini peringatan buat aku mahupun suami.. mungkin ini juga tandanya ALLAH sayangkan kami.. maka, di turunkan dugaan ini.. ya.. dugaan yang ALLAH bgi itu bermacam2 rupa.. perkara ni buat aku lebih peka dengan keadaan syukrii. nyawa aku yang satu.. andai sakit itu dapat di pindah.. biarlah aku yang menanggungnya.. bukan tubuh kecil dia.. .
note: Alhamdulillah.. syukrii dah sehat dan aktif seperti sedia kala walaupun badan dah susut sikit...