! mrs mell : bila jari berbicara..

...................




semangat betul ummi dan opah syukrii nak bagi syukrii cepat jalan. hahaha.. padahal bukannya ummi dan opah tak tahu yang perkembangan baby ni lain2.. tapi.. rasa cute je tengok budak2 kecik besar syukrii tu jalan. terkedek2 je kan..


ala.. syukrii 11bulan pun belum kan.. stedy la.. sekarang ni pun opah tak larat nak ligan. (kejar). inikan bila syukrii dah boleh jalan.. kehkehkeh..


ok.. ni ada petua sikit.. yang opah praktikkan pada syukrii.

petuanya :

  • pagi- pagi ambil embun kat daun atau malamnya letakkan sehelai kain kat luar. biarkan berembun.
sapu pada lutut dan betis baby.


eh! apa lah opah nak buat nie?


  • ketuk kepala lutut baby dengan sabut kelapa.
syukrii ingat bola. nak menendang je kejanya. hahahaha.

  • baby pun ceria.. :p
pose sikit !!



xcely.. dah 3 - 4 ari dah opah dok buat. orang tua2 kata nak bagi kuat lutot.
dengan izin ALLAH.. 
Alhamdulillah.. pada usia 10 bulan 3 minggu 4 hari.
syukrii dah boleh menapak hampir 10 langkah!.
suratan atau kebetulan???
jeng.. jeng.. jeng...

sekarang ni dah takmau dok dalam walker dah.. nak manjat.. pastu jalan. hahaha..
tapi orang kena pantau lagi. sebab dok goyang2 lagi.. dahla eksen tak bagi orang pegang. pahtu. jalan laju macam dok dalam walker. haih!! risau betul..

owh yer. syukrii tak merangkak sangat yu ols.. dia sayang lutot. kahkah. dia merangkak bila dia aim nak paut menda nak memanjat jer. kalau nak bergerak keliling rumah. dia selesa buat aksi combat. hakhak.

 







ewahh... tajuk omputih gittew..
aku dah lama beli flash card @ kad imbas untuk syukrii.. eh! awal sangat ker aku beli tu yer? aku bukan apa.. bak kata wadina sel-sel otak tengah berkembang. kuikui.. so, aku saja lah nak bagi syukrii kenal huruf.
"A" FOR ALLAH
"B" FOR BISMILLAH.
ehehehe..


kalau korang nak tau.. syukrii ni dari segi fizikal. i means.. berjalan.. syukrii lambat sikit. dia sekarang baru boleh meniti tepi-tepi dinding gitu jer. nak jalan sendiri tak berapa berani lagi. nak kena pimpin lagi. tapi memanjat nombot satu. huhuhu..

but.. walaupun begitu.. ALHAMDULILLAH.. dari segi mental. acewah! dia agak faster bak kata omputih. bukan aku yang bagi statement pasal dia anak aku. no.. ni PAED dia yang bagi statement. 
syukrii dari segi mental dan pertuturan agak cepat kot... apa orant tua2 kata. mulut ringan. gitulah..aku pun tak pasti.. kata PAED dia. maklum lah anak pes.. takleh nak buat perbandingan. dan kata ustaz. tak baik banding2 anak. kan? kan?

syukrii boleh sebut sesetengah ayat dengan jelas dan lancar. dan jugak cepat paham apa yang orang bagitau.
contohnya.. bila orang suruh ambik botol susu. dia pegi ambik. bila orang suruh tunjuk laptop. dia tunjuk. macam tu jugak. tanya mana satu abah,  opah , wan, makngah , kucing , dia panggil kucing miaww.. hahaha. dia akan tunjuk sambil sebut "tuh". kalau makngah pulak dia dia sebut "nyah" hikhik.
kalau orang pakai tudung. dia akan gelak. ehe-ehe-ehe.. pandai dia ngorat. konon orang nak bawak dia jalan lah tu.. tak pun dia tanya "ana?" sambil dongak2 kepala. ala.. ibarat bertanya " pi mana?"
hahahaha

jap! jap! i see.. dah melalut dah cerita ni. kahkah..
ok.. tujuan aku beli flash card tu supaya dia lebih cepat berlaja kenal huruf. lebih cepat dia pandai membaca. gitu.. boleh? semangat nauuu ummi syukrii. kehkeh..
btw.. huruf yang syukrii boleh sebut.
A, B, Ciss, E,Fff , Mm , N, Sss.
tu je kot. gud job my boy!!












penyudahnya.. buat main jer.. FLASH CARD tuh! hahahaha.








penat main manjat badan ummi pulak.. memang takda stop nyer dia. opah kata syukrii bodak lasak. seminit pun tak dok senyap!



ada satu petang ni..
aku dan syukrii melepak dekat pangkin depan rumah..
korang mesti bajet.. rumah aku ala-ala kampung sangat kan.. ada sawah padi.. tak pun ada laut depan rumah... dah nama pun pantai remis kan.. paling kurang ada pokok2 atau kebun.. atau ada reban ayam. erk?
hahaha.. kalau korang tak bajet gitu.. aku kira kawan2 aku yang dulu bayangkan begitu sehinggalah mereka 
datang ke rumah aku.. dan tentunya.. mereka kuciwa bertingkek2.. kahkah.. jangan kata bayang laut.. bayang pantai pun non hado.



( aku ulang tayang gamba ni.. nampak tak dinding sebelah sana.? itu rumah jiran sebelah. dan dari kanan ikut posisi aku amik gamba ni. selang tak sampai 7-8 depan jalan tar. depan tu pulak dewan serbaguna. pendek kata aku nak bagitau bertapa sempitnya ruang halaman rumah aku. oh yer. itula pangkin yang aku dan syukrii dok melepak.. okeh.. panjangnya discription. kohkoh.)



motip aku terang panjang2 tu bukan apa.. 
petang tu.. agak sibuk.. kereta dok keluar masuk.. owh .. lagi satu.. depan rumah aku jugak.. terletaknya.. tadika kemas, sekolah agama rakyat, dewan kemas, dan jugak klinik kesehatan. dan jugak lagi seketul pentas. nampak tak? nampak tak? kenapa aku always said yang kampung aku tak berapa kampung. nak short story lagi.. jiran kentut pun boleh dengaq lah. kahkah..
err.. balik pada stori.. tengah aku dok bersantai-santai menghayati alam yang tak berapa alam tu. 
aku lihat ada seorang budak ni.. so cute, umo around 1 tahun lebih gitu.. baru boleh2 berjalan.. main sorang2 tengah jalan. ate gilerr... mau tak menjerit aku.. dah lah kereta dok kuar masuk.
aku pun panggil.. adik.. adik.. sini. keta banyakk... dia terkedek lari.. bukan lari mai kat aku.. tapi lari p kemana-mana ntah!

aku terpinga-pinga? mana mak budak ni? tak jaga anak ke? boleh pulak biar anak main tengah jalan sorang2.. adoiii... then, tak lama lepas tu.. abang budak tu datang tarik adik dia.. abangnya tu pun bukan besar mana. dalam 2tahun lebih sahaja.. then.. baru aku tau anak sapa.. si abang tu aku kenal. masa kecik2 camtu jugak. merayau sana sini. sampai hubby aku kata nak amik jadi anak angkat. comel2.. tapi sayang.. maknya jaga anak macam mana lah.. boleh dibiar main merata seusia tu. bukannya faham lagi apa itu BAHAYA! bila jadi apa2  musibah baru nak meratap..hiba. menagis air mata darah sekalipun.. itu berlaku atas kecuaian diri sendiri..


aku.. ingat.. lepas abang dia tarik bawak balik ok dahlah.. tapi sekali lagi anak kecil tu berlari terkedek tengah jalan! tiba2.. ada kereta lalu. mujur kereta tu berhenti. pemandu tu pun orang kampung.. mujurlah paham suasana kat sini..dan si kecik tu masih lagi tercegat depan kereta tu. serentak tu aku dan mak aku menjerit.
mak aku lari ambik dia.. lepas tu abang dia datang bawak botol susu.. dia berlari lagi.. gedebukkk! jatuh atas jalan.. calar dan berdarah lutut.. mak aku apa lagi.. membebel lah.. 
" apa jenis mak lah biar anak main tengah jalan! anak si polan.. si polan. bla..bla..bla.. "
kann.. mak aku dah berleter.. hahahaha..
seriyes.. aku pelik betul mak budak tu.. aku bukan nak mengata.. mungkin juga mak nya terlupa tutup pintu. then anak lari keluar.. ker.. tengah sembahyang ke kann.. tapi.. ini bukan kali pertama. bukan jugak anak pertama.
owh ya.! mak budak-budak tu masih muda. kahwin masa umor 15tahun. so, korang teka lah umo berapa si emak. 



(tengok ok vidoe nih.. macammana PARENT kadang2 boleh alpa.. dan macam mana kes hilang di kalangan kanak2 boleh meningkat. huhuhu..)




Nota hujung kaki : REMIND MY SELF.




kat sini tiap2 ari rabu. ada pasar pagi. yang mana orang setempat panggil pekan rabu. kuikui..
kakak sulung aku yang dok dekat puchong balik. lama dah dia balik. dari sabtu lepas lagi. esok dia balik sana dah.
so, ari ni dia pi bershopin-shopin di pekan rabu.  pegi dengan kakak kedua aku. tengok-tengok dorang bawak balik sejenis buat yang marbeless... peh.. peh.. peh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh! eh! tinggal kulit la pulak. hahaha
.
.
.
phergggg...... manis sangat. walaupun kaler dia pucat. 
harga pun murah.
4bijik RM10.
Berbaloii.. semua isi santek.
tq kakakku... melanje makang duriangg...
kehkehkeh..
aku jarang betul hapdate tentang menu makanan syukrii kan.. eh! tak pernah kot.. kohkoh.. bukan apa.. kalau korang nak tau.. syukrii ni kalau dah nampak mangkuk or pinggan dia. pendek kata makanan apa-apa sahajalah.. dia akan sengeh-sengeh.. gelak-gelak.. ehe-ehe-ehe.. gelak dia. lepas tu kalau lambat-lambat bagi. mulalah dia hentak-hentak badan dia dalam walker tu. lepas tu melintuk liyuk ala ulat beluncas kudung kata opah dia. haha.. bab makan ni syukrii memang agak kurang sabar. kalau dah suap tu. kena stanby for suapan seterusnya.. takleh nak stop iklan bagai. kalau tak bunyik lah enjin. so, tak menyempat aku nak snap gambar bagai. kehkeh..
hamboih.. panjangnya mukadimah.. muehehe..
al-kisah. biskut syukrii dah habis.. syukrii ni memang kuat makan biskut. kalau ada buah dia makan buah.. kena stanby selalu kat dia. pasal bila orang makan.. dia pun sibuk nak makan.. siap korek-korek mulut orang. haih!
ok. meh tengok resepi mudah ya amat ni..
Biskut Baby.
  • Roti Gardenia putih. (kalau ada roti wholegrain lagi best. ni aku bantai roti ayah aku. kehkeh.)
  • unsalted butter
  • formula milk or serbuk kayu manis. ( aku tak suka bau dia. so xletak..) 
cara-cara
  • sapu roti dengan butter.
  • tabur formula milk or serbuk kayu manis. ni optional. xletak apa2 pun takpe.
  • letak atas dulang. bakar. aku bakar suhu 125c selama 40min. tapi terpulang lah.. tengok oven masing-masing.. janji dia crispy2 gitu..



 ehehe-ehe-ehe..


 sedap.. sampai mintak 3 kali.


tapi kan.. aku nasihatkan tunggu sampai baby ada gigi lah.. dan jugak 9month keatas. boleh dia gigit2.. coz texture dia xmacam baby rusk tu sangat.. dulu aku penah try bagi syukrii makan masa belum tumbuh gigi dia macam tercekik gitu..tadi pun sama. kena pantau lah.. syukrii ni agak payah minum air masak. entah mcam mana nak bagi suka minum air masak. makan sampai 3 ketul. air takmau minum. mana tak nak termuntah.. 


ok.. cyaa.. ada hal.




syukrii dah tumbuh gigi. masa dia 10 bulan 8 ari. tumbuh 2 batang sekali gus. atas dan bawah.
sekarang dah tambah 1batang lagi. dia pun pandai gigit tau. ouuchhh..!!!. menjerit ummi bila kena gigit.. dia pulak boleh tersengeh sengeh buat muka macam comel jer tu..
sebenarnya.. memang dah lama ummi nak ambik gambar gigi dia.. nak share dats moment.. tapi.. memang tak boleh la.. dok tak senyap budak tu.
so, tadi.. dia tengah tido.. ummi snap lah.. dak syukrii ni kan kalau tido memang mulut ternganga. ikut opah dia la tu.. kehkeh..



lebar hoccay gigi dia. comey jer.. kihkih.. 
so pasni ummi kenalah lebih mengambil berat tentang soal penjagaan gigi dia..
jadi ummi kena lah beli...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BERUS GIGI
muahahahahahahahahaha



well.. u ols pun tau syukrii ni budak ceria.. satu lagi feel dia yang buat orang sayang menyayang cinta dikenang. dekat dia. adalah dia suka mengusik.

contohnya.. korang tau tak . kita kan kadang suka geletek baby.. ala.. yang buat bunyi-bunyi kat perot dorang tu.. yang brurrr.. brurr.. tu.. hahaha. alkisah, aku pun selalu la buat kat syukrii. memang gelak habis lah dia. mengekek-ngekek... tapi dia lagi pandai..
dia USIK balik ummi dia.. tengah-tengah nenen si nenen. dia boleh pegi tang perut ummi. buat bunyi-bunyi tu.. brurrrr.. brurrr... maka, ketawa mengilai-ngilai  lah ummi kena geletek dek budak syukrii. ggrrrrr.. geli lah yang oii.. lagi ummi gelak lagi dia buat. siap gelak-gelak lagi. aduhai la syukrii..

lagi dia suka usik ummi.. contohnya  dia suka gigit macam-macam. maklumlah. orang baru tumbuh gigi.. ye.. syukrii baru tumbuh gigi at usia 10month 8days yu olss.. hehehe.. jadi, aktibiti mengigit tu always eberiwhere anywere. hahahaha..
so, ummi selalu lah cakap..
" syukrii.. dont!.. or syukrii no! .. syukrii.. jangannnn... "
tapi.. lagi ummi cakap macam tu.. lagi dia acah-acah gigit.. kadang tu. dia buat konon nak gigit. pahtu tengok ummi.. bila ummi cakap.. "haipppp.. jangannnn"
dia gelak-gelak.. then buat lagi.. again and again.. pandai betul dia mengusik ummi kan!

lagi satu.. bila dia bagi jatuh barang mainan dia.. dia akan sebut.. "ngat-ngat-ngat" sambil tunjuk-tunjuk jari. eh! dia pandai pulak dia warning. hahaha.
waktu mandi pulak.. bila kita bukak pili air. dia bukak lagi laju. kita tutup. dia bukak. pahtu mulut bising sebut... "angannnnnnn"

one more. dia suka sangat usik tokwan dia. tokwan dia bertongkat kalau yu ols nak tau lah kan.. dia selalu amik tongkat tokwan dia. dahtu.. bising lah tokwan dia. kadang tu bila tokwan duduk-duduk. dia pegi tampar lutot tokwan. pahtu lari.. macamlah tokwan nak kejar.. hahahaha..




nota kaki : takde pic budak tu.. cabel tercampak ke mana hentah. hihik..





Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME





Just simple me.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Resepi : Laksa Mee Pantai Remis.
  • resepi : kek milo kukus mudah.
  • wordless wednesday_ amazing street art
  • tipikal drama melayu
  • Diary : senyuman yang indah
  • Petua : Teknik tepuk belakang bantu buang kahak bayi
  • Diary : Dugaan Syawal yang menyayat hati.
  • ragam dua sepupu
  • Diary : 6 bulan sudah
  • Petua : hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi.

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

About Me

Mell Mariann
View my complete profile

Mereka

Search This Blog

Jari Berbicara

  • ▼  2016 (2)
    • ▼  January (2)
      • Jari kembali berbicara.
      • Long time no see.
  • ►  2015 (13)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (138)
    • ►  December (28)
    • ►  November (26)
    • ►  October (7)
    • ►  September (22)
    • ►  August (15)
    • ►  July (14)
    • ►  June (11)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (6)
    • ►  June (13)
    • ►  May (29)
    • ►  April (23)
    • ►  March (16)
    • ►  February (5)

Bicara mereka

  • : : : D a r i B i n t a n g : : :
    Tukang Urut - Therapist - Massage
    3 years ago
  • Ini Cerita PUAN KUTU...
    Resepi Kek Karot Sedap
    6 years ago
  • Di Jari Pena Menari
    Kurus Tak Semestinya SIHAT
    6 years ago
  • DayangDeno
    Wordless Wednesday : Relief
    6 years ago
  • Cḧuu Muqhlis
    Amin
    9 years ago
  • cerita ceriti
    Fitnah
    10 years ago
  • Capital H
    First Four
    10 years ago
  • ..::~**Sinar Kehidupanku**~::..
    Talam Lapis Surabaya
    10 years ago
  • Bunga Hati MaMa
    SELAMAT HARI LAHIR KE-4 ALESYA SAYANG
    10 years ago
  • ...Mrs Erry Bercerita...
    Iftar Bersama Sahabat Baik Zaman Sekolah
    10 years ago
  • Hanieliza's Cooking
    Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya
    11 years ago
  • BUNDLE PAGES
    Bacaan Result Tumor Marker 2013-2014
    11 years ago
Show 5 Show All

Pengomen Terhebak

Tegur sapa


Hello guys, TOLONG JANGAN BERIKLAN di SINI Hoccayyy.. lebih baik beramah mesra yerr..!!






visit - visit
  • Home

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates