Dua hari tak bersiaran.. kekok la pulak.. kunon je ko mell.
er.. 2 hari lepas. aku terima pesanan ringkas dari kakak sulung aku.. dia dijangkiti denggi berdarah.. dan di tahan di ward. so, atas dasar kerisauan. aku ajak mak , ayah dan suami aku pegi melawat dia puchong sana.. sejak kami anak veranak pindah ke kampung.. kakak aku tu tinggal la sorang2 kat sana.. ada sedara mara.. tapi taklah dekat.. harapkan kawan-kawan dia jela.. dahlah dok sorang2 kat rumah tu.. mujurlah ada kak ujie ( kawan kakak aku..) yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.. kakak aku ni liat sikit nak pegi klinik. 2 -3 ari sebelum tu dia dah mengadu demam tak kebah2. dah 3 ari. aku suruh g klinik. tapi xnak. katanya kerja takda orang ganti. kenal sangat dah perangai dia. workoholit. uh!
pagi isnin tu.. bincang2. tanpa sebarang perancangan. kami decide nak pegi tengok dia. tengah hari tu kami pun bergerak.. sebelum tu kami singgah ke rumah abang aku di teluk batik. pada mulanya, dia nak ikut sekali.. tapi isteri dia tengah sarat bersalin dan dia pun baru balik dari scan anak dia di klinik.. hasil scan. dokte cakap baby masih dalam keadaan songsang. dah 34 week. kalau still macam tu. maybe terpaksa di czer nanti. so, aku bagi petua.. selalulah bersujud. dan berdoa yang baby masuk laluan yang betul. dan sentiasa lah pujuk baby dalam kadungan tu supaya dia masuk ke lalui.. amalkan membaca surah maryam. supaya senang bersalin. mak aku juga bagi doa dipermudahkan urusan.. doa tu pun memang aku doa amal. syukrii dulu 32week dah masuk laluan.. masa aku bagitau tu. kakak ipar aku tu gelak pulak bila aku suruh pujuk baby. eh? gelak pulak. takkan tak pernah bercakap dengan baby dalam perut tu? hurm.. aku harap baby dalam perut kakak ipar aku tu dengar cakap. sebab maksu dia ni dah pesan. semoga semuanya dipermudahkan selamat.. amin..
doa di permudahkan urusan
lepas solat zohor di rumah abang aku. kami pun bertolak ke puchong. ( syukrii hometown ) hikhik.. masa masih dirumah abang aku tu. kakak aku bagitahu. maybe dia dibenarkan keluar petang tu. tapi, dah alang2 kami nak pegi tengok. teruskan lah jua.. sampai sana dah malam.. kakak aku pun dah selamat sampai rumah. jadinya melawat dirumah dia sajalah. mak aku dah siap masak sup ketam dah.. kan orang cakap bagi sup ketam kalau orang kena denggi..
sampai saja ke puchong kami singgah dulu kat rumah SIL. kesian ayah aku.. letih kot dok lama2 dalam keta. ayah aku tu dahla strok. makan malam kat rumah SIL. lapar ko.. 5jam perjalanan..campur jem lazat berkrim kat keyel tu.. haduii.. kata tol naik.. tapi sama jer. belum diperkuatkuasa lagi kot.. projek2 LRT di puchong belum siap lagi.. hamboih ko mell, baru 3 bulan tak balik puchong. macam 3 tahun lagaknya ya.. kahkah..
lepas makan dan syukrii main2 kejap ngan bang aqil. kami pi sekejap kat rumah kakak aku. mak aku , aku dan syukrii je naik. suami aku temna ayah aku kat kereta. rumah akak aku tu tingkat 3. apartment 5 tingkat tu. mana larat ayah aku nak manjat. mak aku pun semput2. aku lagilah.. dukung dak debab tuh. haha.
mak aku panaskan sup ketam tu. suruh kakak aku minum banyak2. aku.. tengok jer.. hehe.. mak aku nak tido rumah paksu aku kat taman Dato harun , pj. sebab rumah paksu ada katil. senang ayah aku nak tido. pada mulanya.. suami aku ajak tido rumah lama kami.. tapi.. bila pegi tengok.. alahai berdebunya.. ya lah.. adik bujang dia saja yang duduk. mana lah nak kemas. lagipun takde katil kat tingkat bawah tu..
aku pulak, tido rumah kakak aku, kononnya nak temankan dia. dah jauh2 datang ni.. en suami aku tu pulak. tentu saja nak borak2 dengan kawan2 lama dia.. dia tido kat rumah lama tu.. kesian pulak tido debu2..
tapi malam tu. syukrii mengamuk nanges. 3 pagi bangun. kembung.. entah kenapa. aku tuam2 perut dia baru dia lena tido. itupun dah pukul 5. kul 7 lebih dia dah bangun. main2 .. spotcek rumah maklong dia.
esoknya.. pagi.. hubby aku col bagitahu. kereta takleh start. ah sudah, sebelum ni memang bateri kereta tu buat perangai. kadang2 kong. dah pegi cas dan servis kereta dah sebelum kami jalan jauh ni. mujur ada kereta jiran. so, jumper la kejap. ( jumper eh. aku mana tau bahasa keta nih.) elok sampai rumah akak aku. sekali lagi kong. langsung takleh start.. bak kata kak anim. rezeki juga bateri kong kat rumah akak aku. kalau tengah jalan macam mana? hehe.
mujurlah akak aku ada kereta. rezeki lagi.. kami naik kereta akak aku pegi ke rumah paksu, paksu ajak makan tengahari kat rumah dia. kami naik kereta akak aku la jawapnya. dah naik kereta akak aku. kereta dia ekon rosak. boleh dia tak perasan ekon rosak. gitu?
sampai rumah paksu, paksu aku takde, mak aku kata pegi amik maksu dialisis, maksu aku tu diabetes. kena dialisis. paksu mintak mak aku masak.. lama tak makan masakan kakak kesayangannya katanya.
mak aku pun masak kari ikan merah, sambal sotong, udang goreng kunyit, ikan bawal goreng, sayur bayam dan jugak sambal belacan semestinya.
syukrii pulak. tunjuk eksen. berjalan2 keliling ruang tamu toksu, abih semua di spotceknya. dia kan FBI. haha.
pasal bateri kereta yang kong tu. terpaksalah labur duit beli bateri baru.. sementara mak aku masak tu, sempatlah hubby aku pegi isi gas ekon kereta kakak aku dan beli bateri.
lepas zohor, hantar kakak aku. tukar bateri . singgah rumah lama kejap. ambil barang2 yang tertinggal masa pindah dulu tu.. sempatlah aku ambil album lama aku yang yang tertinggal, mujurlah jumpa.. kain buaian syukrii.. hajat nak amik komik2 manga tu. tapi kang bising pulak en.suami ku itu.. tinggal jela kat ain ( anak sedara suami aku ) ...suami aku ambil kasut dan juga pancing dia. ahh.. rindu jugak kat rumah lama tu.. tapi..macam dah tak seronok kalau nak stay kat situ dah. huhu..
lepas. singgah rumah lama tu.. kami singgah pulak kat rumah atok syukrii. (pakcik. ayah tiri hubby) rumah atok syukrii bersebelahan masjid as- salam., puchong perdana, my mum teringin sangat nak tengok masjid tu, masjid tu kan pemes, selalu masuk tv, rancangan halaqah. tanyalah ustaz dll.
singgah sekejap saja kat rumah atok syukrii, hari dah petang.. takut lambat pulak sampai ke perak.. sempatlah juga syukrii bergurau ngan atok dan tunjuk skill joget dia. kebetulan progran tv ada joget2 dia pun ikut sama berjoget.kihkih.
lepas tu.. terus kami balik ke pantai remis , perak.
syukrii merengek jugak. dalam kereta taknak dok ngan ummi, nak dok ngan opah dan wan kat belakang. dok depan asik nak mengusik abah drive jer.. nak tukar gear bagai. hujan di beberapa tempat.. jenuh juga hubby nak bawak kereta.
akhirnya , pukul 9malam. kami pun sampai di rumah..
panjangnya entry kali ini.. yu ols.. sebenarnya, aku akan stop berblogin buat sementara waktu.. sebab aku dapat kerja.. pada mulanya aku memang nak jadi fulltime housewife jer.. tapi. atas sebab2 tertentu, ekonomi terutamanya. aku kena kerja jugak lah.. impian nak berniaga dulu tu. terpaksa di tangguhkan dulu.. pasal dah tengok lokasi dan plan pemasaran kat sini. macam xleh lagi nak go lah. maybe perlukan sedikit lagi masa. acewahh.. dan kerja yang aku dapat ni tak mengmungkinkan aku berblogin seperti biasa.. atas sebab kekangan masa. hukhuk.. i'll miss yu ols.. sobs.. sobs.. mohon jangan dilupa aku dan syukrii..
patut lah hilang beberapa hari.. tapi syukur lah Kakak mell dah sihat. Alhamdulillah! jauh juga nak ke puchong tu kan mell.. suka juga syukrii dpt jenjalan.. uwaaa... tak bestlah nti mell dah jarang BW.. apa2 pun kak doakan mell sukses.. insyaAllah klu niat betul nak bekerja tu psti dipermudahkan urusan tu...sama2 kukuhkan ekonomi..amin! :)
uwaa..hilang sorang reader setia n3 akak :(..bila mell free update2lah n3.. then jenguk2 akak sekali hehe.. anyway gud luck mell,semoga sukses di tempat keje baru..:)
panjangnya cerita,semput membaca..hehe lepas geram nti lama tak dpt nk bebel ye tak..semoga semua urusan dipermudahkan mell..ada masa update la..igtkan balik kmpg dh stat meniaga dh,rupanya belum lg..apa pun gud luck..selamat bekerja dengan dedikasi.hakhak
rasanya ni 1st entri time pn mell taip pjg2 eh...hihihi... xper kami sudi membacanya juga .... :) moga akak pn mell cpt2 sembuh.. ish bahaya la kalo dibiarkan demam yg berpanjangan..mmg suspek denggi la tu.. baru2 ni akak mmber baik pun kena gak.. alhamdulillah dia dah sihat.. hrp2 akak pn mell mcm tu jugak.. aamiin...
15 comments
aduhai..macam macam berlaku..agak semput membacanya..
ReplyDeleteapa pun.. good luck di tempat kerja baru.. jangan lupakan kami..hihi..
patut lah hilang beberapa hari.. tapi syukur lah Kakak mell dah sihat. Alhamdulillah! jauh juga nak ke puchong tu kan mell.. suka juga syukrii dpt jenjalan..
ReplyDeleteuwaaa... tak bestlah nti mell dah jarang BW.. apa2 pun kak doakan mell sukses.. insyaAllah klu niat betul nak bekerja tu psti dipermudahkan urusan tu...sama2 kukuhkan ekonomi..amin! :)
uwaa..hilang sorang reader setia n3 akak :(..bila mell free update2lah n3.. then jenguk2 akak sekali hehe..
ReplyDeleteanyway gud luck mell,semoga sukses di tempat keje baru..:)
K nrl pun dah bbrp hari tak bw sini... kebizian melanda seminggu ni... apapun, all the best, Mell... ^__^
ReplyDeletemak aii macam baca cerpen pendek dah ha.. hehe..
ReplyDeleteingatkan nak g mana tadi.. ada masa jgn lupa blogging kayy!
panjangnya cerita,semput membaca..hehe lepas geram nti lama tak dpt nk bebel ye tak..semoga semua urusan dipermudahkan mell..ada masa update la..igtkan balik kmpg dh stat meniaga dh,rupanya belum lg..apa pun gud luck..selamat bekerja dengan dedikasi.hakhak
ReplyDeletewah..bateri kong , boleh masuk nama kak anim ya...hee
ReplyDeletep/s bila semua dah ok, boleh sambung celoteh lagi mell..tak best lah tak dapat pot pet dengan mell nanti bila kak anim boring2...
rasanya ni 1st entri time pn mell taip pjg2 eh...hihihi... xper kami sudi membacanya juga .... :)
ReplyDeletemoga akak pn mell cpt2 sembuh.. ish bahaya la kalo dibiarkan demam yg berpanjangan..mmg suspek denggi la tu.. baru2 ni akak mmber baik pun kena gak.. alhamdulillah dia dah sihat.. hrp2 akak pn mell mcm tu jugak.. aamiin...
ehh rasa mcm formal sgt ber'puan dgn mell.. hahahaha..
ReplyDeletePanjang ceritanya. Mcm2 sedara kaum kerabat mell jumpa ye. Mmg tak sia2 dtg puchong dari jauh. Dato Haron tu dekat je dgn umah saya. Ehehe..
ReplyDeleteDpt keja dah ke? So, berenti blogging. Alaaa.. tak bestnya... Apapun, All the best ye puan mell.
Selamat bekerja cik mell..jgn la berenti blogging..ada masa nnti,up up la enrty cik mell..terubat kerinduan kmi nnti :)
ReplyDeleteselamat berkerja sis...xpe bila free boleh blogging...;)
ReplyDeletebalas kunjungan. terima kasih join giveaway kami.
ReplyDeletealaaa...nanti akak rindu sama syukri debab ni..
ReplyDeletetahniah dah dpt keje..selamat bekerja yer mell..keje rajin2..
nanti jangan lupa upload cite lagi tau..
ada masa..jenguk jenguk lah kami...
ReplyDeletetengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..