semalam.. pada mulanya aku google fungsi microwave oven brand AREZZO.. sebab kakak aku bg microwave tu kat aku.. tapi yang aku jumpa kebanyakkan tentang penipuan dari syarikat arezzo ni. dan kes nya sebijik macam cerita kakak aku dulu. cis! menyampah lak aku nak pakai microwave tu.. hahaha..
![]() |
| rupa microwave dia. |
cerita dia macam ni.. berlaku around tahun 2009 @ 2010 gitu kot. masa tu aku belum kawen.. dok bujang ngan kak aku kat sg way.
kakak aku terkena masa dia pegi kat GIANT kelana jaya. masa tu dia jalan sorang2.. p supin sorang2. kalu aku ada harus dia tak kena tipu. pasal aku akan tanya sebab musabab kenapa dia nak beli. al-maklumlah aku ni kan kidikut. (tapi kakak aku pun lbih kurang aku gak kidikut.. heran!)
masa tu aku tengah keja. tetiba dapat mesej dari kakak aku kata dia kena pukau. and tipu mungkin.. kakak aku kata dia macam terpukau.. entahlah..
modus operandi dorang.. dorang konon buat promosi.. then suruh kita isi form nak bagi free gift. lepas tu terang serba sedikit pasal produk dorang. lepas tu dorang bagi sampul koyak dan menang.. then, dorang buat-buat terkejut yang tak pernah-pernah orang menang camtu.
masa tu kakak aku konon2 menang beli microwave percuma filter air DR.AQUA. and set kuali tahan karat.. dorang siap telipon manager dorang kunon2 kakak aku pelanggan bertuah. satu dalam sejuta la kunonnya.. masa tu.. kakak aku kata tak mau.. yela.. apa jadahnya dia nak beli semua tu. dok menyewa rumah bujang kot kami.. pahtu.. siap nampak kakak aku punya buku bank. siap ikut sampai ATM hocay!. kurang ajau kan.. kakak aku lak macam orang bodo ngikutnya.. perghh.. menyirap aku dengar weyhh...
pahtu.. kakak aku kata dia tersedar masa dia dah sampai kat rumah dengan teksi. bwak balik barang2 tu.. tiba-tiba dia tersedar. UNTUK APA AKU BELI SEMUA NIE???? jerit hati beliau.
aku suruh wat report polis.. tapi kakak aku taknak.. katanya report pun tak guna. coz, polis tak terima kes pukau.. aku pun nerd bab2 gitu.. melayang la duit dia dekat RM3000. Peh.. banyak tu weyhh..
dia siap nyumpah2. sakit hati xnak pakai barang2 tu..
lepas 2 tahun kejadian.. bila dia beli rumah sendiri.. aku suruh pakai je barang2 tu.. wat pa nak simpan.. lagi rugi.. jadinya dia pakai la jugak barang2 tu.. microwave oven tu dia bagi aku.. dia dok sorang. bukan pakai pung.
so, moral of the story.. harap kita semua lebih alert tentang ni.. biar di cop kedekut dari di tipu.. and berhati-hati lah ye bila shopin2 tu.. yang paling penting.. make sure pesan kat hubby kat sebelah..
"bang... kalau nampak ayang nak ke arah promot2 tu.. sila tarik tangan ayang jauh2 hocayy!! "
aku.. kalau ada gitu.. jalan stret je. takpe2.. saya dah ada semua tuh!. hahahaha..
and, hubby aku cerita.. dulu dia ada keja sekejap jadi salesman gores dan menang. dalam seminggu kot katanya. siap ada kursus menipu orang kooo...
kuang ajaq! (tapi hubby xsempat menipu.. dia kesian kat mangsa.. lepas seminggu training, dia cabut.)
noted :
antara pengalaman yang kena tipu cam kakak aku.
http://www.aduanrakyat.com.my/arezzo-gunakan-penipuan-sebagai-tektik-penjualan
tak tau la ada lagi ke tak malaun-malaun yang menipu orang ni.. macam dah senyap kes gini.. tapi tak tau la kan.. tukar taktik lak..




