lama tak hapdate woiii...
entah apa nak hapdate pun tak tahu. nak taip banyak-banyak memang tak boleh lah..
lil habib tu dok ngaco kan.. nak tengok omen ( ultraman).. nak tengok eebott (transfomers)
nak tengok api ( thomas and friends). and many more. pc ni dah jadi milik dia kot. hahahaha.
oklah.. beberapa hari yang lepas. ( baru nak hapdate? )
aku buat kek karot. simple sangat ok. maklumlah.. aku ni suka yang simple. hohoho.
syukrii ni kan budaknya payah nau nak makan sayur. macam2 cara. dressing lawa2 pun dia gelak2 je tengok. pastu "wowwww".
last2 amik suap mulut ummi. huwaaa...
so, akhirnya dapat idea nak wat kek karot ni.
dia ikut abah dia tau. karot tak makan tapi karot susu minum lak. hahaha.
oleh kerana dorang xmakan sayur tumis karot. aku pun buatlah karot susu.
then, hampas tu macam sayang lak kan. eh! buat kek lah..
sedap and gebuss jugak yu olss!!!
let see da recepiiii...
Carrot cake with raisin
- 3/4 cawan gula. Nk half gula half susu pekat pn bole. Adjust la.
cara :
Blend telo,gula n ovelet sampai kembang. Ayak tepung. Campur minyak n telo yg di blend td dan juga hampas karot. Gaul sebati. Masuk loyang. Tabur raisin @ badam. Kukus 45 min. Nk bakar pn bole.
 |
| tadaaa!! |
yummiehh!!!
Aku suka makan cheezy wedges kat kfc tu. kadang kalau gi makan kat kfc. tu je aku makan.
dah lama aku ambik resepi tu dari group Fb. ' RESEPI RINGKAS' .. tapi tak buat-buat.
beberapa bulan yang lepas, aku ngan kakak aku balik kampung. kakak aku la buat. sedap gak.. rasa sejibon cam yang kfc punya tu.
aku la add kan kakak aku dalam group tu. dia dari malas masak jadi rajin masak. padahal dia bujang pun.
balik kampung macam-macam resepi dia try. sampai mak aku tanya. "hang ni dah pasai.. macam tak penah masuk dapoq." hahaha..
eleh.. mak aku pun. dah tau kami ni ada resepi macam-macam. terus mintak resepi kuih qasidah la.. itu la ini la.. dan-dan tu jugak buat. sapa yang tak penah masuk dapoq la ni? hahahha.
ok berbalik pada resepi tu.. meh aku share.
 |
| ni aku buat baru2 ni. |
Kentang Wedges
bahan :
- serbuk kunyit / serbuk kari
- Rebus kentang halfcook. atau agak2 lembut tapi jangan lembut sangat. gaul dengan garam dan serbuk kunyit/kari. goreng keemasan.
Sos cheezzy
- 1 tin susu cair ( aku bancuh susu nespray.. malas nak p beli susu cair. hahaha )
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 kiub pati ayam ( aku pakai kiub ikan bilis.. lagi kes malas ke kedai.)
- serbuk lada hitan kalau suka. ( aku letak sikit lada sulah )
- cairkan butter/majerin.. masukkan susu tepung.. kacau.. masukkan susu cair sikit demi sedikit.. kacau sehingga tepung tidak berketul.. masukkan slide cheese. pati ayam.. lada hitam and pewarna.
masak dengan api perlahan. kacau selalu. masak sehingga jadi likat..
Homemade Mayonis.
- 1 sudu makan cuka/ jus lemon/jus limau nipis
- sedikit serbuk lada hitam/sulah jika suka
- blend telur.. masukkan cuka, gula, garam, lada hitam.. blend sebati.. perlahan-lahan tuangkan minyak ke dalam bahan tadi dan pastikan blend masih lagi ON. tuang secara bertali. maksudnya.. tuang minyak dari atas. macam tarik teh tarik tu.. then siap!
selamat mencuba!
selamat tahun baru.. yang tak berapa baru.. baru la.. baru aku nak ucap. hahaha.
sejak aku join group resepi ringkas kat pesbuk. macam-macam resepi aku cuba. al-maklumlah kan.. surirumah berjaya.. butt.. lately sejak jadi mak buyung ni malaihh ya amat derr.. nak xsuka betul masuk dapo. namun begitu aku tetap jalankan tanggungjawap tu.. larat nak makan luaq? T___T.
ok. ni resepi ayam karamel. en. somi aku suka betul ngan ayam goreng ni. kalau aku tau resepi ni awal-awal. kompem gerai nasik ayam aku masa bulan ramadhan aritu laku selakunya.. walaupun resepi lama tu tetap laku. Alhamdulillah..
ok.. let begin.
Ayam Goreng karamel
senang. takyah taip2 dah aku kopipes gambo je kat sini.
try la yu ols.. sangat marbeles.. menjilat kaki. eh! menjilat jari jemari salleh..
Aku rasa semua orang pun tau masak paprik kot.. tapi aku gedik nak share resepi gak.. eh! jap.. my mum tak tahu masak paprik tau.. jarang makan luar kekdahnya.. tu yang tak tau. mak aku ni lebih suka makan kat rumah dari beli kat kedai..
so, malam kelmarin dulu-dulu.. hehe.. anak-anak buah aku nak makan paprik.. so, aku kata dari beli. baik maksu yang buat. lagi sedap marbeles dilises hingga menjilat kaki. haha..
plus.. hencik suami yang tersyayang suka sangat paprik.. dah beberapa hari dia request nak makan paprik.. xcely kan.. sejak dok kat rumah mak aku ni.. jarang benar aku masak.. masak pun untuk syukrii.. mak aku yang masak. bila aku nak masak. dia tak bagi. huhu.. makkk... percayalah anak bungsu mak ni dah pandai masak. cubalah rasa sekali sekala. hukhuk..
jadi.. tak kira, malam tu aku masak jugak paprik yang sedap tak terhingga air tangan aku tuh.. sila jangan muntah monggek.. aku memang berbangga diri ni. kahkah.
tanpa membuang masa.. marilah kita tengok resepi dia.. walaupun hakikatnya aku masak apapun tak pakai sukatan.. kecuali kek. hahaha..
Paprik Ayam marbeles/mudah.
Bahan-bahan :
- sejumlah ayam / udang , sotong , daging. campur2 gitu.. (potong kecik-kecik) - kuantiti ikut suka kau horang lah.
- 1 labu bawang merah/bombay. (dimayang-mayang.. di pilis-pilis. )
- 2 ulas bawang putih.( tumbuk )
- 3 ulas bawang kecik (tumbuk)-optional.. kalau ada lagi sedap.. takdak pun kira halal.. aku jarang guna bawang kecik. heh!
- 2 batang serai ( di titik..)
- 5-6 helai daun limau purut.
- 1 biji tomato (potong wedges)
- 5-6 biji cili padi (tumbuk kasar) - kami panggil cabai melaka. hehe.
- kacang panjang/buncis , kobis bunga, carrot , jagung muda.
- 2 sudu cili blend/ cili giling -terpulang gak nak letak banyak mana. hagak2 je ni.
- sedikit sos cili , sos tomato , sos tiram - agak2 lah yer..
- bahan perasa. garam etc..
Cara-cara :
- goreng sekejap ayam.. terpulang. nak letak kunyit ke tidak. goreng agak2 dah separuh masak. angkat letak tepi.
- tumis bawang yang ditumbuk..
- masukkan cili blend , segala sos ,.. dan cili padi biar mendidih..
- masukkan ayam yang di goreng tadi.. masukkan sedikit air..
- masuk lagi serai , daun limau purut dan sayur-sayuran
- biarkan mendidih.. dan perasakan masakan..
- masukkan bawang besar dan jugak tomato
saja buat bullet banyak2.. macam payah je kaedahnya.. padahal main campak2 je semua. hakhak..
suami aku memang suka lau aku masak paprik ni.. katanya lagi sedap dari kat kedai.. kombanglah hidung kejap.. hahaha..
pahni nak request makan apa lagi bang? hak!
tekak aku request nak makan butter prawn ngan cili crab.. bila ntah nak buat.. hamboih... tekak.. kemahen lagi ko mintak yer.. lalalaaaaaa....
~cyaa~
aku google2 resepi.. biasa lah dah jadi mak-mak ni.. google resepi ajelah dia.. dulu bujang2.. haroomm..
hahaha.. so, terjumpa satu blog ni. wat agar-agar lapis oreo.. peh.. lawaa.. menggoda betul. kehkeh..
kebetulan pasaraya HERO, ada wat sales biskut oreo.
yang panjang tu RM 2.39 je.. suruh la hubby pi beli.. agar-agar serbuk dah ada.. gila lama beli tapi tak buat2. bersawang dah.. hahaha..
tapi milo lak sikit.. ahh.. lantakkan.. janji ada.
resepi : Heavenly Milo & Oreo jelly
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air ( ukur pakai botol mineral jer.. )
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
(aku pakai oreo yang inti cream kacang tu.. sedap. nutty yuu)
CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
p/s: gambo tak cantik, kamera dari henset murah gitulah.. hihi
okeh, ni bukan resepi puan mell sebenarnya. tapi hubby puan mell. hahaha..
last night, dia teringin nak makan steak kunonnya..
tapi, dia tak makan black pepper,
so dia bagi resepi dia..
mana dapat entah, i dun noe. hahaha..
but, not bad lar.. sodap gak..
bahan-bahan
1-2 keping daging steak/ batang pinang.
1/2 inci halia*
bawang putih*
1-2 sudu sos tiram
kicap manis
lada sulah (guna lada hitam sebagusnya.. baru kick.. )
sedikit garam n sedikit olive oil.
cara-cara
bersihkan daging
kisar bahan bertanda *. campur dengan bahan perapan lain..
perapkan daging. seeloknya semalaman.. tapi aku tak nyempat2. tak sampai sejam pun perap. hahaha.
bakar daging yang telah diperap sehingga masak (letakkan sebekas air di dalam oven untuk memastikan isi daging tidak terlalu keras selepas dibakar).
bahan sos :
(aku tak buat sos pun, just letak sos tomato ngan mayonis je.. hehehe)
aku petik sos ni dari belog orang tau.. bukan aku punya..
。 1 labu bawang besar ( potong dadu)
。 1 sudu besar mentega
。 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
。 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
。 3 sudu besar sos tiram
。 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
。 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
。 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
。 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
。 Sedikit garam
Cara cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan bersama beef steak.
p/s : letak lah bahan sampingan lain, telur mata ker, kentang goreng ke.. nyum.. nyum...
resepi ni aku dapat dari kawan pesebuk aku..
gila sedapp je tengok.
tapi aku adjas sikit..
aku buat versi kukus..
depa versi bakau..
 |
| my version.. comot! |
 |
| kak watie version.. teringin bila tengok ni lah.. hahaha |
 |
| fifi version.. dia memang pndai masak! |
ni aku kopi pasta sebijik2 resepi dorang eh..
kopi from fifi punya resepi.
Recipe : Original from Nurul Alfian. Modified according by how many pcs bread I have.
bahan-bahan
8pcs bread. (I used butterscotch, sedap tak hengat) - Cut into desired shape
5 tbsp melted butter
1 cup milk
3 tbsp brown sugar (kalau guna roti biasa tambahkan lagi kot. Ni sbb butterscotch dah manis)
2 eggs Vanilla essence few drops
cara-cara :
Susun roti dalam baking tray. Curah melted butter. Bahan2 yang lain mix dalam bekas lain and curahkan atas roti tadi.
I used prunes. Boleh letak raisins ke choc chip ke kurma ke almond ke or what ever u have. Bake 170° 50 minutes. (Aku kukus dalam 30minit gitu..)
sos kastad. :
1 cup milk
Sedikit air
2 tbsp brown sugar
Few drops vanilla essence
1 tbsp tepung kastad.
On low heat. Masukkan semua kecuali vanilla essence and lepas dah pekat sikit masukkan vanilla essence
sodapp yuu olls..
marilah kita tinggalkan kisah duka itew.. untuk hiburkan hati.. aku rewardkan diri sendiri and hubby dengan membuat kek coklat yang marbeles dilises! harap maklung.. aku memey fanatik ngn kek coklat. kuikui..
kebetulan isnin aku dah start keja.. jadi ahad tu aku buat la kek untuk kawan sekerja aku. plus nak bg kueh raya pun dah tinggal sikit je kann..
resepi ni aku dapat dari majalah RASA. aku adjust sikit-sikit ikut aku punya selera. heh!
 |
| yang dalam majalah punya.. hahaha.. |
tanpa membuang masa.. mari kita tengok resepi ni.. senang ya amat derr..
bahan-bahan kek :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat ( aku pakai coklat murah cap HERO jer. haha)
1/2 cawan milo
1 sudu kecik baking powder ( aku pakai sudu KFC. )
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
sekotak kecik susu coklat dutch lady. ( ikut resepi susu segar. aku tukar.. )
1 cawan butter
1/2 cawan gula
3 @ 4 biji telor ayam
bahan topping :
1/2cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk coklat + milo
1/2 cawan susu pekat
cara-cara buat kek :
-ayak tepung gandum, baking powder dan jugak soda bikarbonat. campur milo dan jugak serbuk coklat. gaul dalam satu bekas.
- bekas yang lain.. pukul butter and gula sampai kembang.. masukkan telor satu persatu.. gaul sampai sebati..
-campurkan kesemua bahan tadi. masukkan jugak susu coklat tadi.. gaul bersama-sama supaya sebati..
-tapis dan masukkan dalam bekas untuk dikukus.. ( tujuan tapis supaya kek lebih gebuss dan sodapp..)
-kukus around 45min atau sehingga masak. nak tau masak ke tak. cucuk lidi pada kek. kalau licin jer. tanda dah masak hokeh!
cara-cara buat topping :
-masakkan secara kaedah double boiling..
kalu xreti.. masak dalam piyuk sampai cair pakai api perlahan..
note : aku baru tahu buat topping pakai minyak masak supaya bagi nampak berkilat.. hehehe.
 |
| gila comot.. aku punya.. haha.. xda deco2 haih! |
nak resepi lagi mudah boleh pegi ----->
sini
aku saja nak share resepi dari kampung kelahiran aku ni.. motipnya sebab aku rindu nak makan.. nantilah nak buat pakai mee sanggul. sini mana nak dapat laksa mee tu.. err.. takpun aku suruh mak post kan.. wallaaa... aku pun banyak kali mention pasal laksa mee ni dalam entry aku sebelum ni kan.. ngeh!
laksa mee ni memang terkenal kat pantai remis, perak dan jugak pangkor.. tapi lain sikit caranya.. kalau pantai remis sup dia xletak ikan.. pangkor lak letak..
laksa mee masih lagi jadi pebret warga pantai remis. masih mudah dicari. kat pangkor dah susah kot.. sebab macam2 masakan dah masuk sana kan.. ceritanya kawasan tourist.. hahaha..
masa aku melancong ke pangkor haritu.. ( melancong la sangat.. haha..) cari jugak.. nak test. tapi takda orang jual..
ok.. nak tau rupa laksa mee tu camna? meh sini tengok..
 |
| aku cilok dr google.. |
hehe.. jangan xtau.. aku google je. besepah jugak info resepi laksa mee ni.. rupa dia xde macam laksa pun dik non.. lebih macam speegeti tu.. macam mee sanggul gitu..
dia ada dua jenis.. satu putih.. satu lagi kunin.. tapi sedap lagi putih..
 |
| ni versi kunin.. macam spegeeti kan.. tapi tidak! |
for u guys information.. laksa mee ni cuma boleh didapati di sekitar pantai remis, lumut or pangkor. tp yg pasti pantai remis banyak lah!
btw, jom tengok resepi sedap inih! simple sangat. tapi sedap hoccayy...
Resepi Laksa Mee
Bahan-bahan
Pertama :
laksa mee ( direbus, cuci, tos )
~ terpulang nak bape gulung.. untuk kami sekeluarga selalu 2-3 gulung
Kedua :
bahan untuk sambal
 |
| ehsan google |
cili kering ( sebungkus RM2 hinggit gitu )
~rebus and blend
15-20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
sekepim asam keping @ gelugoq
minyak secukupnya.
garam gula secukup rasa
~btw, kuantiti bahan2 ini terpulang pada masing2 ok.
ketiga :
bahan untuk sup
 |
| ehsan google |
udang atau ketam
~dua2 lagi marbeles!
air secukupnya
kiub pati ikan bilis (optional. xbubuh pun takpa.)
bawang merah and bawang putih.(hiris dan tumis darat)
garam sikit
daun sup
keempat :
 |
| ehsan google |
kacang panjang( potong kasar)
lobak masin ( potong dadu)
bawang merah and putih (hiris)
garam sikit
cara-cara buat :
(sambal)
tumis macam buat sambal tumis.
kalau boleh letak minyak banyak supaya cili betul2 masak.. nanti dah siap boleh buang lebihan minyak dan asam keping. rasa dia pedas2 manis gitu..
(sup)
rebus udang dan ketam sampai mendidih.. masukkan bawang yang ditumis darat tadi.
perisakan dengan garam dan kiub pati ikan bilis. tabur daun sup.
(kacang)
tumis bawang yang dihiris dengan sedikt minyak..
masukkan kacang dan lobak masin yang telah dipotong tadi.
perisakan dengan sikit garam.
jangan goreng sampai layu.. bia dia rasa crunchy2 gitu..
cara makan :
letak laksa mee dalam pinggan atau mangkuk
masukkan semuanya.
gaul dan sapdek!
 |
| besaq2 sikit tunjuk. hahaha |
perghhh... betul-betul hoo liauu..
noted : rasa dia tak serupa ngan laksa mahupun spegeti. nak tau silalah cuba. hihihihi..
sebenarnya dah lama nak buat kek coklat kukus ni.. err.. aku tukar milo je pasal nak jimat.. muahahaha..
punya la lama dah gigih dok google resepi.. yang pastinya.. aku ni mesti la nak resepi yang senang dan cepat kann... haha.. boleh sambil2 tengok teduhan kasih lagi tu.. sempat basuh baju, sidai baju, bf syukrii la.. hihi..
akhirnya dapat gak resepi mudah lagi senang lagi cepat lagi murah nie.. apa lagi malam tadi terlebih rajin terus buat..
meh2 tengok.. kompem sedap punya.
 |
| gebusss... |
bahan-bahan:
Cara-cara :
1. masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
2. kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
3. bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
4. then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
5. didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit
6. dah siap...kalo nak letak topping lagik best...( aku letak topping milo yang dicairkan dengar susu pekat jer. )
alhamdulillah.. menjadi percubaan pertama aku bergelar chef pastri.. kahkah..
hubby mula2 xmau cuba takut tak sedap.. cehh.. boleh dia cuit sikit je rasa.. pahtu.. hamik separuh dia makan.. siap kata leh wat jual.. pehhh.. kembang sat! hakhak..
today aku nak share resepi.. resepi ni aku cipta sendiri hoccay...
al-kisah nak cari milk booster la kunon.. tp memey sungguh la.. meriah!
meh2 kita berekspirimen.. kehkeh.. sedap dan awet muda yuu olss...
Resepi : salad pegaga with cheese and chicken cube.
 |
| gambo dari mangkuk tingkat.. ai bawak bekal g opis.. hihi.. |
bahan-bahan
-secekak ulam pegaga ( hiris nipis )
-ayam yang di potong dadu ( goreng dulu)
-perahan limau
-cili merah ( optional)- hiris nipis.
-tomato ceri ( belah dua)
-bawang besar. ( dipotong dadu )
- cheese ( suka ati cheese apa pun.. ikut sedap tekak korang ler)
- secubit garam
cara-cara
ambik mangkuk..
campurkan semua.. gaulkan sehingga sebati..
last- parut keju on top.
done!
marbeles.. pabulos.. try tau!
waallaaa... so yummy...
-bubai-