virus meningitis....

hai... salam.. last month.. saye dapat pggilan dari kakak saye d kg.. k.jam.. die sampaikan berita sedih yang abang din ( adik ipar k.jam ) meninggal akibat virus meningitis.. dokte ckp mungkin berpunce dr najis burung.. sungguh.. tak tahu tentang penyakit nie... nie saye ade infokan sedikit tentang virus nie. sebab salunye penyakit nie lambat di kesan.. mcm arwah.. arwah ingat sebelum nie penyakitnya hanya migrain biasa.. siapa tahu ianya bawak kepada kematian.. ajal maut di tangan ALLAH.. innalillahiraji'un..... daripadaNYA kita datang.. kepadaNYA kita pergi...




Meningitis



Apakah itu penyakit Meningitis?

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput pada otak dan saraf tunjang. Penyebab penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut. Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, berhubung dekat dengan pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.
Doktor dapat mengenalpasti sekiranya seseorang tersebut menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan sekiranya keadaan ini tidak membahayakan pesakit tersebut.
DIAGNOSIS
Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
Ujian mikroskopik
Ujian biokimia
Ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture.
Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
Ujian darah
CT-scan.
Bagaimana Meningitis Berjangkit? 
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Bakteria boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafasan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan dari mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).
Terdapat individu yang mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria (carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada individu lain.
Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).
MEREKA YANG BERISIKO
Jangkitan mudah merebak di kalangan:
Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-
Demam
Sakit kepala yang teruk
Loya-loya
Muntah
Ketegangan atau sakit pada tengkuk
Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
Ruam pada badan
Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drownsiness & confusion)

Tanda akhir serangan Meningitis:
Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah seluruh tubuh badan.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedarkan diri.
GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Tanda awal hasil daripada pengeraman bakteria tersebut ialah:
Demam dengan suhu yang tinggi
Loya dan muntah
Sakit kepala
Kekejangan pada leher
Kekeliruan
Mengantuk
- Ruam merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini.
RAWATAN
Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.

PENCEGAHAN
Terdapat dua cara mencegah meningitis:
1 Kemoprofilaksis. Rawatan ini khas untuk mereka yang rapat dengan pesakit. Ia bertujuan menghalang jangkitan terutama kepada mereka yang berisiko.
Individu ini diberi antibiotik RIFAMPICIN (10mg/kg atau dos maksimum 600mg untuk ditelan sebanyak dua kali sehari selama dua hari atau CIPROFLOXACIN 500 mg satu dos atau OFLOXACIN 400mg untuk satu dos.
2. Imunisasi. Imunisasi merupakan kaedah pencegahan jangka panjang. Kesan diperolehi selepas dua minggu imunisasi diambil. Ia biasanya diberi kepada bakal-bakal haji. Terdapat tiga jenis vaksin iaitu:

Vaksin quadivalent: untuk serotype A, C, Y dan W135.
Vaksin bivalent untuk serotype A dan C
Vaksin conjugate untuk serotype C.
Untuk para jemaah haji akan diberi vaksin quadrivalent.

KOMPLIKASI MENINGITIS 
Kecacatan otak
Hilang pendengaran
Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati.
Kematian.






p/s : AL-FATIHAH buat arwah abang din.. moge anak isteri nya.. tabah menempuhi dugaan ini.. 

0 comments

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..