aku kira hujung tahun 2013 ni banyak jugak jari aku berbicara kan.. hari-hari aku hapdate.. tahun depan entahlah macammana.. mungkin aktif berblog.. mungkin jugak tidak.. who's noe?
so, aku nak mintak maaf kalau bicara aku selama aku berblogin ni ada mengguris hati para pembaca.. acewahh.. sesungguhnya aku sayang dunia berblogin.. walaupun kadang2 dok kena sindir ngan orang tuuuu.. hahaha.. aku harap if kalau aku terstop blogin korang jangan lupakan aku dan syukrii yer.. aku... akan sentiasa ingat kisah2 korang.. sebenarnya banyak yang aku belajar dari rakan-rakan blogger.. baca kesah kehidupan orang lain ibarat kita hidup berjiran.. walaupun kita jauh.. tak pernah bersua muka.. its so awsome.. mungkin orang berkata . apa yang syoknya ada blog? dok cerita bukan2 ja.. macamlah orang nak baca sangat.. hehe.. tapi hanya kita yang tahu tentang kepuasan berblog. pedulik orang kata. kihkih..
ok.. selamat tahun baru yu ols.. moga terus dan lebih berbahagia.
hehehe... gud luck guys dalam apa jua yang anda lakukan.
punggah2 barang.. then terjumpa karya lama yang aku framekan masa zaman sekolah menengah dulu.. hehe. gila berhabuk lagi aku dah snap. kahkah.
yang katon gegurl tu aku lukih. yang puisi ke sajak tu aku ciplak dari majalah "remaja".
suka sangat.!
Wanita
wanita..
Renung dengan mata hati bukan emosi,
Adakah hadirmu menguntungkan atau sekadar mgisi kekosongn..
Wanita..
Sering kali engkau berduka
Kononnya engkau dipersenda..
Kerana hakmu diperguna
Engkau seolah2 insan yang hina
Hanya berada di belakangg pmuda
Sehinggga timbul pelbagai suara
Menuntut hak sama rata..
Wanita,
Adakah engkau lupa?
Engkau sebenarnya sangat istimewa
Ayuh buka minda dan mata engkau merenung seketika
Agar engkau tidak alpa
Bahawa engkau terlalu mulia..
Wanita..
Engkau bukan dijadikan daripada kepala
unTuk menjadi ketua segala ketua
Bukan juga daripada kaki
Untuk dihina dan dkeji
Engkau dijadikan dari tulang rusuk yang terletak dekat dengan hati
Untuk dikasihi dan disayangi..
Wanita..
Dari rahim sempit wanita itulah lahirnya rasul dan nabi..
Lahirnya ulama sejati..
Lahirnya mujahid berani..
Tidak dari rahim lelaki..
Tidakkah engkau mengerti kedudukanmu terlalu tinggi..
Wanita..
Mentaatimu tiket ke syurga..
Berrbakti padamu petunjuk taqwa..
Mengasihimu lambangg akhlak mulia..
Mengabaikanmu membawa celaka..
Wanita..
Cukuplah jika engkau membuat persediaan..
Berrlandaskan ILMU dn IMAN..
Bukan EM0SI dn PERASAAN..
Pastinya engkau bisa menerima kenyataan..
Bahawa dirimu terlalu dimuliaksn..
Mempunyai kduduksn yang tinggi di sisi TUHAN..
entah apa nak hapdate.
nak imbas kembali setahun usia syukrii.
new born : 22 dec 2012 at : 11.02am weight : 2.52 kg
1 month 2.9 kg
2 month 4.1 kg
3 month 5.5 kg
4 month
5 month 7.1 kg
6month 7.6 kg
7 month
8 month terselit muka ummi.
9 month 8 kg
10 month
11 month
1 year !!!! 8.6 kg
wahh... dah besar ma hero cilik.. hehehe..
(IKLAN )
RM15
not include postage
MINYAK KELAPA DARA ASLI.
- Antibiotik semulajadi yang tidak memudaratkan badan. -Tanpa ekstrak. betul2 asli. -harga sangat2 murah. belum berada di mana2 pasaran online.
PM JIKA BERMINAT. CEPAT YE. STOCK TERHAD. OFFLINE PUN SANGAT2 LAKU.
Khasiat minyak kelapa dara untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya
ialah:
Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim. Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronis. Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif. Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate. Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing. Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain. Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri
Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic). Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural). Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan). Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita. Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman.
Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino. Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis. Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim dalam tubuh. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis. Mencegah risiko sakit jantung. Minyak kelapa dara juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran.
Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik. Menghasilkan tenaga dengan segera. Jika di sapu minyak kelapa dara akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus. Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis. Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit. Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet Kebaikan minyak kelapa dara sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.
Minyak kelapa dara juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :
Mononucleosis Influenza Hepatitis C Cacar air Herpes.
Membunuh bakteria yang menyebabkan: Pneumonia Sakit telinga Infeksi kerongkong Gigi berlubang Keracunan makanan Infeksi saluran kencing Meningitis Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan: Candida Jock itch Kadas dan infeksi lain Membunuh cacing pita Lice Giardia Parasit.
Note : ni produk keluaran orang kampung aku. belum ada jual di mana-mana pasaran online lagi. aku yang cuba bawak ke online.. hehe.. mohh le kite...
Penah dengar perkataan Oppatin?
Di sesetengah tempat. bahagian utara amnya.. pasti tidak asing lagi dengan perkataan ini .
Tatkala bayi mula boleh berjalan ataupun duduk. pasti ayat ini digunakan oleh orang veteran atau dalam ertikata lain orang lama dalam memberi semangat memperkuatkan motor pergerakan sendi-sendi bayi.
Oppatin bukanlah perkataan yang berasal dari korea utara mahupun korea selatan. apatah lagi oppa gangnam style.
Dipercayai tidak diketahui dari mana asalnya perkataan itu.. marilah kita merungkai misteri disebalik perkataan ini.
hamoih.. intro.. skema betul. kahkah. aku rasa mungkin ada yang penah dengar perkataan tu kan.. selalu orang tua guna ayat ni kan. tak terkecuali opah syukrii. dan juga ummi syukrii.. kehkeh..
very da kampungan yu ols...
syukrii kan dia paham apa orang cakap. kalau orang suruh "duduk" atau "sit". berhentilah dia duduk.
kalau orang suruh "tido" atau "bumbum". serta merta tak kira kat mana. dia akan baring dengan posisi meniarap. letak kepala kat lantai. tepuk2 lantai ibarat orang tepuk vuntot dia.
kalau orang suruh baca "doa". dia pun tadah tangan baca doa.
and banyak lagi lah dia paham. termasuklah.. bila orang suruh "bangun " ataupun "oppatin" terus bangun berdiri.
begitulah feel anakkuh yang soleh lagi bijak, syukrii ali.
hehehehe..
so, di sini aku nak persoalkan apa relevannya perkataan "OPPATIN" tu dengan "bangun a.k.a berdiri'?
kak ika cukup risau kalau syukrii bangun berdiri.. takut jatuh katanya. kadang mengamuk budak tu mintak diberi kebebasan. aku yang tengok pun rimas. manalah maksu dia tak jadi kak ROS.
HAHAHAHA
Takziah buat Deqla dan keluarga atas kepermergian ibu tercinta.. semoga Deqla tabah dalam harungi kehidupan yang mendatang. semoga arwah ibu deqla di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. aaminn..
Baru tadi baca status deqla di facebook di kala sedang taip entry ni..
hamboih.. kemahen tajuk nampak.. mak aku suka berkebun. aku pun sama.. tapi.. aku suka tolong je mak aku berkebun. haha.. tapi.. itu dulu.... masa bujang2.. now, dah ada syukrii masa nak berkebun tu dah ke laut kot.. tunggu lah budak tu dah tegap berjalan.. ni pun terhuyung hayang lagi. kihkih..
aku cakap kat mak aku. aku teringin nak tanam pokok. mak kata tanamlah.. banyakkk pasu kosong lagi. aku respek mak aku tau. walaupun ruang halaman terhad. mak aku masih lagi boleh bercucuk tanam. walaupun dalam pasu jer. hehe..
kalau orang lain suka tanam bunga.. lain pulak mak aku.. dia suka tanam sayur-sayuran. er.. yeke.. kot la.. bunga pun dia tanam jugak.
antara pokok tanaman yang di tanam..
yang macam rumput tuh.. kucai.... yang dalam pasu kat bawah tu bongsai abang aku tanam. hehe
pokok kari.. u noe kennn..
poko kunyit.. dulu.. mak tanam banyak sampai buat jual kat pasar. tapi.. sejak ulat2 menyerang.. tak berapa menjadi dah daun kunyitnya..
pandan leaf.. ecehh...
daun kesum.. comey2 ja..
cili-cili padi.. ada 2 3 pasu pokok cili padi. nak makan sambal petik je.. hehehe
ada lagi pokok -pokok lain. macam serai.. kacang kelisa.. poko delima pun ada ok. hehe..
sekarang mak aku projek nak tanam serai.. tapi kakak kedua aku belum bawak benih lagi. asik lupa ja dia. hari2 datang melepak rumah mak aku tak lupa lak. hahaha..
mak aku pun tanam pokok bunga juga. bunga ros, bougonvilla ( bunga kertas.. kiki.. ) aloevera, orkid and etc..
mungkin dengan tanam pokok satu terapi untuk mak aku. lagipun dia ada darah tinggi..
bila lah aku nak join mak aku ni..
Anak sedara aku baru berumur 10 tahun. tahun depan 11 tahun lah. tapi tingginya mak aih.. aku yang baru sedang2 ni pun orang kata tinggi. orang kata perempuan stop membesar pada usia 18tahun. betul ker? kehkeh..
so, cik hannah.. awak ada lagi 7-8 tahun lagi. maksu dok imagine tinggi mana lah awak nanti. hahaha..
dari kiri : hannah, maksu , syukrii , ika.
tengoklah dah nak sama tinggi ngan maksu.
tinggi cik hannah dah 150cm katanya.. panjang macam galah.. hahaha..
eh!. syukrii hover la pulak dalam itu gambar. kehkeh.
. ALHAMDULILLAH.. dapat jugak hadiah bila berblog ni. hehe. first dulu dapat topup masa join contest Ja.a.
ni dapat shawl pulak.
tq.. cik penganjur.. cik ADRIANNA SYAZ.. thanks ya dear.. moga berbahagia selalu.
La Tahzan..
syukran jazillah
then, dapat bitrhday gift for syukrii from KIB ( komuniti ibu bekerjaya). group FB yg aku join.
nak cek dulu.. macam mekanik je yerr.. hahaha
thanks jugak to ibu2 KIB. love yu ols..
terkesan bila baca ni. rata-rata kita memang camtu kot kan. tengoklah macam mana kesannya gadget di zaman sekarang.
macam perbualan aku dan anak-anak menakan aku..
"zaman maksu dulu bukan cam hangpa. dok dalam rumah hadap henpon ja. maksu nak dapat henpon kena keja dulu baru dapat. hangpa ni takdak life la. dok terperap ja dalam rumah. " - aku-
"ala.. tu zaman maksu, zaman kami zaman gadget" -depa-
"T_____________T" -aku-
nampak tak? kalau sekarang dah camtu. macam mana lah akan datang kan..
teringat kata-kata sorang ustazah .. kita tym menyusu anak pun dok berfb , bersosial di laman sesawang. bukan nak belai anak or tatap wajah anak.. sedangkan masa tu lah.. kita patut berzikir atau mengaji atau pesan dan doa pada nak kita. sebab waktu tulah kita link terus ngan anak..
sobs.. sobs.. akulah antara ibu yang bersosial secara maya sambil nyusu anak. hukhuk.. kadang dia tengah syok nak main. aku berehat2 sambil layan segala menda tu..
jadi, jangan tanya kenapa aku tak kerap hapdate blog , aku hapdate if betul tym ada masa terluang. jarang nak hapdate status facebook. lagi-lagi waktu malam.
syukur jugak henset cam kayu buruk aku tuh rosak. xleh online facebook or sebagainya.. sekarang banyak lah waktu untuk syukrii..
maaf ye kalau ada terasa.. peace yoo ~
~cyaa~
last sunday. sempena besday syukrii. buatlah aktiviti potong kek. sian anak beta. besdaynya so so so simple sangat-sangat. only 2 kek yang ummi buat sendiri.. satu kek cekelat+milo. satu lagi kek marble kentang less sugar for syukrii. (lagi-lagi kek kentang. kahkah..)
bukan apanya.. bukan tym gaji lagik. huhu. lagipun maklong tade. kalau ada maklong syukrii. boleh dia sponsor. kahkah. bak kata maklong. ala.. bukan dia tau pun dia veranak bila. sok dah besaq baru tau. haha. tapi ummi buat jugak lah kek simple dimple kapadia kat syukrii. cum air teh yang syukrii takleh minum. dan jugak hidang kepek yang isteri ustaz khairi bagi.( kawan maklang syukrii)
lepas makan kek, kami bersiap-siap pei aeon manjung. bawak syukrii jalan-jalan sat. tu je kot..
muka tak sabar nak potong kek huduh ummi buat. haha
ternganga mulut trademark tu potong kek. hahaha
syukrii boleh makan sendiri tau yu ols...
hehe. ummi punya homemade. i kan suka baking even taklah sedap mana pung.. haha
well, xcely my side or my hubby side.. kami sekeluarga bukanlah jenis yang suka sambut besday. maybe dah terajar dari kecil kot.. owh yer, kek tu banyak gak lebih.. so, sedekah kat jiran sebelah sikit. kalau nak jemput budak2 . 5 bijik kek belum tentu cukup. ramai sangat. hahaha..
sekian saja besday simple syukrii.
~cyaa~
22-12-2012
11.02am
detik terindah dalam hidup ummi..
melihat wajah ahli syurga ummi.
memeluk tubuh kecil didada ummi.
syukur.. syukur..
ya ALLAH..
atas Anugerah dan amanah ini..
ikutkan syukrii dijangka lahir pada 7-1-2013.
tapi anak ummi ni dah tak sabar nak jumpa ummi. tak sabar jengah dunia yang penuh pancaroba ini.
teringat lagi ummi. untie Ratna cakap pada ummi. tym kiteorang msg-msgan. (lama dah xdengar berita pasal ratna since banjir di kemaman haritu.. kenapa ya xbalas msg n panggilan mell. hurmm.. hope yu be ok my dear..)
"mell. ratna rasa baby mell keluar sabtu or ahad ni. "
"ala.. u nak baby i same year dengan anak u la tuh. haha. xnaklah.. nak dia lahir awal bulan"
lebih kurang lah perbualan ummi dan untie ratna.. masin mulut untie ratna. :p .
ummi memang nak syukrii lahir awal bulan. verangan nak syukrii jadi baby tahun baru. hehe. tapi sebaik-baik perancang tu ALLAH s.w.t.
hari khamis. 20 -12-2012. ummi mc. sebab malam sebelum tu ummi muntah-muntah. di hujung2 prenangcy tu ummi memang kerap muntah2. mybe tu tanda2 kot. wallahualam.. pegi jumpa doc. doc cakap doc pun tak tahu. if kalau rasa tak sedap badan or baby kurang gerak terus ke hosp katanya..
so, pagi tu ummi buat kerja rumah macam biasa. abah request nak makan kari telur.. dengan gigih ummi pun buatlah.. then. abah balik rehat. lunch tym. kul 11 abah dah sampai rumah. tengah basuh baju. tiba-tiba rasa air keluar. sikit.. uiks.. terkucil kah? tak rasanya.. naik bilik tukar seluar kecik.. eh.. kua lagi air.. rasa macam air ketuban je ni. tapi kua sikit-sikit pulak. pakai pantiliner.. sempat lagi on FB. bukak group Komuniti ibu mengandung. ask them, ramai yang cakap better g hosp. memang dalam hati decide p hospital jer. tak berani amik risiko.
"abang.. sayang tak sedap hati ni. air kua sikit2. takut ketuban bocor.. "
"biar betul ni? betul ke nak bersalin dah. sakit tak?"
"tak... tapi rasa tak sedap hati. jomlah.. "
"jap. abang col mak and pakcik bagitau."
bersiap2 tunggu arwah MIL dan pakcik datang. MIL nak ikut jugak.. dalam pada tu air still kua sikit2.. terus ke hospital serdang dan cek bukaan. 1cm only. tapi memang ketuban dah bocor. sementara tunggu katil ada. sempat lah ummi baca surah Yassin dan Maryam untuk isi masa terluang. dan sempat jugak ummi tengok episod terakhir cerita drama TV3 tu. apa ye tajuknya. lupa sudah.. kisah selanjutnya klik -----> sini
21-12-2012
belum besalin. kena induce. induce pun induce la. janji my baby kuar selamat dan sehat.
22-12-2012.
setelah dua kali induce. baru jalan terbuka. ALHAMDULILLAH.. orang dok cakap sakit induce sakit sangat2.. dalam hati dok doa banyak-banyak.
"ya ALLAH. kalau betul sakit bersalin tu sakit. biarlah sakitnya sekejap sahaja"
syukur.. ALLAH perkenankan doa ummi.. sakit sekejap saja. kalau katil sebelah sakitnya dari malam sampai ke pagi. ummi pulak pagi kul 8 sakit. syukrii kul. 1102am dah kuar..
somellnya dia..
dari kecik dah ada rupa korea. kahkah.
Alhamdulillah.. ummi masih lagi memeluk, membelai amanah ALLAH ini.. biarpun pelbagai suka duka dilalui sepanjang tahun ini..
ummi bersyukur sangat dapat syukrii. syukrii anak yang baik, yang pandai bawa diri biarpun masih kecik , anak yang soleh , cepat belajar, sehat dan aktif.
semoga anak ummi membesar dengan sehat, bijak dan beramal soleh sehingga ke akhir hayat. semoga sentiasa berada dilandasan yang betul, sentiasa menyenangkan hati orang.berjaya dunia dan akhirat. Aaamin..
Syukran ya ALLAH atas segala nikmat yang telah kau berikan.. semoga engkau memberkati perjalanan hidup kami..
well, walaupun dah kahwen. dah ada anak sorang.. jiwa remaja dan sentimental aku masih ada hocay.. walaupun aku buat ujian test pemikiran.. hasilnya pemikiran aku agak matured dari usia. jiwa aku maseh remaja la jugak. buktinya.. aku still suka baca komik a.k.a manga. apa tu manga? manga tu komik cinta jepun.. kehkeh..
dulu.. aku suka jugak kumpul manga.. banyakkkk... sampai anak buah suami aku, ain. pun tahu hobi aku yang satu tu.. masa syukrii masuk warded. agaknya dia tau aku boring. dia bagi komik manga untuk aku baca. tapi.. bila nak pindah haritu.. aku tak bawak balik pun komik2 tu.. takpalah.. aku sedekah kat ain bila dia habis study nanti.. dia pun sama hobi ngan mak uda dia ni.
ni sebahagian je dari hasil dari pengumpulan. hehe.. yang komik aku tinggal. tapi novel angkut jugak bawak balik. mahal nokk.. haha..
baru-baru nia ku menggoogle.. saja nak cari drama untuk ditonton. haha.sekali terjumpa 1 drama ni..
tajuknya ABSOLUTE BOYFRIEND.
macam syokk je.. macam best jer.. apatah lagi rupanya dari komik manga dijadikan drama..
ada dua versi. biasalah kalau malaysia suka adaptasi drama dari novel. jepun ngan korea lak suka adaptasi dari komik. hehe..
taiwanese + korean version.
japanese version
komik a.k.a manga
aku dok layan taiwan version tu.. hehehe.. macam somell je nak layan drama ala2 kpop nih. kohkoh..