DIARY : jaundis.. oh pengalaman sedih anak beranak.


Assalamualaikum..
pengalaman yang cukup menyedihkan bagi aku dan syukrii terutamanya.. masa sebelum keluar hospital. syukrii xsahkan tiada jaundis.. maka aku dengan gembiranya pulang ke rumah..
hari pertama kt rumah di puchong.. syukrii masih ok.. then, keesokkannya bertolak balik ke perak untuk berpantang.. sepanjang dalam kereta dia just nenen and tido.. xde ape yg pelik.. sampai kg keesokkan harinya.. pagi tu dia menangis semahu-mahunya.. nenen xnak.. tido xnak.. nak kata kembung perut ok jer berak. masa ni, ummi pun dah nanges sama.. huhuhu.. pastu dia kencing.. ada darah secoet.. risaunya.. tunggu nurse xdatang2.. last2 kakak aku bawak pegi naik moto.. masa tu, abah syukrii dah on the way balik kl.. ye.. hubby aku terpaksa balik awal.. pasal MIL aku ikut.. dia xnak dok lama kt kg aku.. ubat dia lupa bawak.. sedihh kan.. hubby aku just hantar jela kira gitu..
berbalik kisah syukrii.. dah bawak g klinik.. kunon nak cek kenapa dia kencing berdarah.. sekali nurse cek kuning. dapat keputusan. kuning syukrii paling tinggi.. bacaan 23. terus kena bawak g hospital.

mase ni kt klinik.. tengok.. yellow kn dia.. huhu..


then. hubby aku terpaksa patah balik. tak sangka anak kena admit ward.. keadaan memang kelam kabut.. dengan aku yg masih lg berpantang.. sadiss...

About jaundis.
  • Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh. 
  • Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

    Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 
  • • 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu. 

    • 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

  • Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. 

    Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

    Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

    Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 

    Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis. 

    Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat. 

    Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.
     

  • Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 

    Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.
     

  • Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

    sumber : link

masa ni drip air cucuk kat tangan.. tp dia buas .. takut terbelit leher..

masa ni tukar drip masuk ikut kaki pulak.. sedeyhh... 

amat2 sedeh waktu nie.. dahla takleh angkat selalu.. angkat pun sebab nak susukan dia.. penah sekali nurse angkat dia secara kasar.. tercabut drip tu.. memancut darah.. huwaa.. anak orang tu weyh.. sungguh kurang ajar. tapi mujur sekejap tu je dia jaga nicu.. then tuka nurse.. alhamdulillah.. nurse tu baik sangat.. dia ajar aku cara nyusu yang betul.. almaklumlah noob sangat.. anak sulung.. oleh kerana xleh angkat syukrii sangat.. aku perah susu.. then nurse bagi melalui cup kat dia..

syukur ALHAMDULILLAH.. satu malam je syukrii di nicu.. pagi esoknya hari ke 2 dia dipindahkan ke bilik jaundis biasa.. lampu satu.. hari ke 3. jaundis dia dah tinggal 10. xpayah lampu lagi.. lega.. hari ke 4. di benarkan balik..

tapi 2 hari selepas balik rumah.. naik balik 14.. then. kena ulang alik ke klinik. macam2 petua orang bagi.. tapi aku takut nak bg baby macam2.. sebab naik balik tu pasal orang petua bg bby makan sengkuang cina.. huwaa.. serik.. terus aku just continue bf.. bf.. dan bf.. disamping bagi mandi air daun bambu.. turun la 12.. tp still kena ulang alik ke klinik untuk cek jaundis dia.. hari2 kena cucuk kt kaki.. adehh.. sampai hari ke 20. xpayah lagi.. fuhh.. lega.. oh ye.. ubat jaundis paling mujarab adalah breastfeeding dia sekerap mungkin supaya selalu ada perkumuhan.. insyaallah..

now.. syukrii dah pun 3month++ .. .





tapi.. tetap kena follow up kat hospital perkembangan dia setiap 3 bulan.. masa cek 2month haritu.. doc cakap dia sangat alert untuk baby to month.. ehehe.. alhamdulillah.. err.. sebab dia gelak kuat bila doc cek badan dia.. hengat geletek dia kot. hahaha.


macam ni la rupa bila gelak.. hilang mata.. kehkeh..

harap anak ummi membesar jadi anak yang sehat, bijak serta soleh.. amin...


noted : nenek syukrii a.k.a MIL telah pulang ke rahmatullah genap umur syukrii 3 bulan.. innalillah.. semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. amin..

3 comments

  1. memang ketara kuning dia kan. bahaya jugak rupanya jaundis ni.

    Syukri dah bambam la. tu yg gelak tenggelam terus mata. hikhik..

    Innalillahiwainnailaihirajiun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak melibatkan hati.. xbahaya sangat chic na.
      a,ah.. bambam dah.. da la mate cepet.. kikikiki..

      Delete
  2. mmg bahaya ...syukurlah dah sihat

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..