morning sickness




dah tengok tajuk tu mesti ada yang tau apa yang aku nak bagitau kan..
hehe..
bukan apa.. dua tiga menjak nie morning sickness aku ni makin menjadi2 la.. xlarat dah den haa..
asal makan loya.. pastu sakit kepala jangan nak cerita la.. kadang2 rasa nak hantuk ke dinding pun ada..
tapi apa leh buat... kena redha.. ni yang aku tunggu selama nie kann..
masa balik kampung melaka baru2 ni.. banyak yang nasihat.. kandungan baru lagi.. jaga elok2.. memang aku jaga betul.. sikit pun tak tolong orang kenduri.. en.hubby.. belum aku buat2 apa2.. dia dah bawak lari aku balik rumah nenek.. segan gak kat maklong.. sebelum kenduri abang am.. aku banyak menolong.. kali nie xleh.. pegi kawasan orang masak.. amboihh... penin sungguh ngan bau2an.. makan takpe pulak.. kahkah..
lagi satu.. 
aku terpaksa korbankan perasaan pelahap aku... napsu... napsuu....
sabar jela...
aku memang minat tapai kot... uih!  baru mengandung mana leh makan menda tu.. nak cari pasai? terpaksala aku tahan air liur..
T____T

macam nie a lebih kurang.. aku xpenah rasa lagi tau..
tingin sangat nak rasa..
hewhew

tapai ubi lagi... oh... tidakkk..

takpala kan... demi baby aku bertahan... cewahh... kenduri kat sini meriah kot... seronok gak.. tapai ngan kuih muih tu dihidangkan dekat meja tetamu.. erk... xcely.. kat kg aku takda tau menda camtu.. lauk kenduri je.. kalau istimewa sikit pun.. tu la.. bubur kacang ke apa ke..
kat melaka nie.. siap ada gerai cendol lagi.. made from kelate.. hahak.. abang ipar pengantin yang punya gerai..
aku makan la jugak cendol tu dua tiga suap.. aku kurang minum ais.. so.. xberapa layan la..
lagi.. karoke.. amboih.. nie memang hobi turun kemurun keluarga hubby aku ke apa..
aku pun tak tau la.. boleh kata semua suka karoke..
en.hubby aku dah tentula..
majlis malam siang dia aje yang konker karoke tuh.. hahahak!
aku? mintak mahap la.. xde makna la..
xpernah aku sumbangkan suara aku..
xminat plus malu weyhh....
malam tu en.hubby siap tuju lagu kat aku..
hikhik.. malu pulok... 
dengan lagak macho dia.. saya tujukan lagu ini khas untuk isteriku....
wawawawawa.... terpukau siott.
baik-baik sayang by wali band



okeh.. melalut dah aku... tujuan utama nak share apa itu morning sickness.. tapi aku lupa apa aku nak taip pulak..kehkeh..

nie aku kopi pasta sikit tentang morning sickness

Morning sickness atau alahan semasa mengandung adalah sesuatu yang biasa terjadi kepada wanita hamil di awal kehamilan. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya masalah ini tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja. Ada segelintir wanita mengandung mengalami alahan di waktu malam. Malahan ada juga yang terpaksa melalui morning sickness sepanjang hari.
Loya, mual, muntah dan pening kepala merupakan simptom-simptom yang paling biasa berlaku kepada wanita hamil. Biasanya simptom ini akan bertambah teruk sekiranya perut anda kosong. Secara umumnya, wanita hamil akan mengalami morning sickness ini pada awal kehamilan sehingga minggu ke-14 iaitu dalam trimester pertama. Biarpun begitu, ada juga sesetengah wanita yang mengalaminya sehingga penghujung kehamilan.
Walau apapun, terdapat wanita hamil yang bernasib baik kerana tidak mengalami morning sickness sepanjang kehamilannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap makanan mahupun persekitaran. Kepada wanita yang mengalami morning sickness yang teruk, anda tidak perlu risau kerana anda kurang berisiko untuk berhadapan masalah keguguran.
Di sini saya ingin berkongsi tips dan panduan untuk mengelakkan loya atau muntah sepanjang kehamilan.
1. UBAH TABIAT MAKAN
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kerap makan. Apabila anda makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap, perut akan sentiasa penuh. Oleh itu, masalah loya tidak akan timbul.

2. SNEK
Apabila anda berasa mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20 minit. Keadaan ini dapat menghindarkan rasa mual daripada menjadi lebih teruk.

3. KEKAL HIDRAT
Penting untuk anda kekal hidrat sewaktu hamil. Jika minum banyak air di antara waktu makan, anda sebenarnya memenuhkan perut dan ini boleh mengelakkan muntah. Anda digalakkan sentiasa membawa sebotol besar air dan minum secara kerap sepanjang hari.

4. ELAK MAKANAN TERTENTU
Bagi mengelakkan rasa loya, anda perlu tahu dan kenalpasti makanan yang boleh menimbulkan rasa loya. Oleh itu, anda perlu mengelakkan makanan tersebut. Selain itu, anda juga perlu elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh menganggu sistem penghadaman anda. Makanan yang mengandungi halia adalah terbaik untuk mengatasi masalah loya.

5. MINUM AIR HALIA
Halia adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ialah dapat melegakan rasa loya dan muntah. Jadi, anda boleh minum teh halia buatan sendiri bagi menghilangkan rasa loya yang dialami.

aku kena amalkan nie.. hewhew... untungla.. sapa yang tak kena morning sickness tu..
takpe.. aku akan lalui detik2 ini dengan tabah dan gumbira...





berlonggok2 pulak durian sepanjang jalan
alor gajah tuh...
sabar je la mak nak oii..

note: durian pun xleh makan awal kehamilan ni.. betik pun sama.. ( boleh pulak makan malam dorang buat masak lemak betik.. huh!)
aku jugak dah dapat apa yang aku ngidam..
mak aku siap kirim lg jambu susu kat akak aku bila dia balik kg aritu..
sayang mak... susah payah cari...


~cyaa~

6 comments

  1. best pulak dgr cerita kak mell.... tak sabar nak kawen..hakhak

    *mak cerita time ngandung kat mai,dia ngidam durian. padahal sebelum kahwin dia geli ngan durian. pastu berbakul2 ditelannya durian sampai abah pelik...last2 lahirlah mai sebagai hantu durian.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. mai- yeke.akak bese2 je ngan durian ni.. Hehe. Mak akak pesan jgn makan durian dulu. Panas. Takot efect bby.. Kena tgu kandungan da kuat baru leh makan. Saba jela..

    ReplyDelete
  3. Ouh byk nye pantang . Adehh , saba ehh mell. Pasni ko lahap sampai kembung prut nga mknn yg ko kempunan tu :))

    ReplyDelete
  4. payeh- tu a.. Kena jaga betol2. Ank sulong kn. Seb bek aku ni penyabar. Kehkeh.. Xtunggu makan perot aku memg kembong nanti. Kahkah.

    ReplyDelete
  5. mmg baru gtwu ke aku yg bru twu ek., hahaha.. congratez bakal timang baby! jage kesihatan ^^~

    *tetibe ase cm ptotnye pgil kakak mell >.<

    ReplyDelete
  6. chuu- lambat... mu yg baru tau.. hahak!

    * nak pggil ape pun xpe.. yg penting enak di baca.. kehkeh..

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..