maaf jika aku tak sempurna






Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?



itu adalah novel terbaru yang aku bace... sanggup beli walaupun mahal.... huwaaa... nape la aku dok jauh dari kawan2.. nak pinjam novel pun susah... pas kawen nie. tepaksa beli pulak.. sedangkan dulu pinjam je.. xpenah beli.. huhuk! 
okeh nak cite pasal novel nie... seyez... aku dah tangkap cintan dengan gaya penulisan acik lana. klik nama law nak terus ke belog die.. walaupun novel die bawu 2 biji ke pasaran.. tp memang hit.. and novel die santai.. but sometimes boleh buat kite berdebar dan meleleh ayaq mata.. hahaha..
and ai juz fall in love wit watak2 lam novel tue...
hero dia romantik sangat la kott....
walaupun ade babak2 romantik lam novel tu.. penah terjadi pada aku.. muahahaha..

tapi kann.... aku tanak la hidup cam lam novel... banyak sangat dugaan... aku nak hidup hepi2 ja ngan en.hubby... and aku dah cukup gembira.. coz sometimes en.hubby pun romantik macam watak hero novel.. walaupun dia jarang bisik2 kata2 cinta.. tapi ..
bila dia cemburu... 
bila dia mengongkong..
bila dia membebel..
bila dia membelai..
bila dia mendengar..
bila dia bercerita...
bila dia mengusik..
bila dia risau..
bila dia terlebih prihatin..
bila dia marah2 sayang..
dia dah lebih dari watak hero novel cinta..
and dia adalah hero di mata aku..

walaupun kadang2 dia mengongkong.. ( tak boleh kua sesuka hati.. kena keluar dgn dia saja)
kadang2 terlebih risau.. ( demam sikit pun nak paksa2 org pegi klinik.. macam xleh makan panadol )
kadang2 kuat membelel. ( xley pakai baju ketat.. baju kene labuh.., tangan baju jgn singkat.. tudung tu pakai labuh2 sikit.. jemur baju pakai tudung.. pakai tuala pun takpa.. perkara2 yg selalu dia bebelkan.. hihi..)
tapi aku suka.. 
walaupun ada yg kata dia tak spoting.. nak kua ngan kawan2 pun xleh.. tp dia juz risaukan keselamatan aku..
takpelah.. kite boleh berhubung kat FB kan kawan2.. huhu..
aku suka sikap dia yg terlebih2 tue.. 
coz aku dah jd milik dia..
macam dia salu cakap..
" diri sayang milik abang.. "




note : mohon jangan meluat baca entry2 saya... as yu noe.. belog nie adalah belog cintot... yang melestarikan kisah cinta saya..
harap maklum..



p/s : bace novel di atas.. kompem best..

2 comments

  1. haha..bese lh klo dah masuk alam berumah tangga ni sis:D
    btw cmne nk buat header bile cursor touch je dia jdi senget n membesar!cantik..
    jom membeli samil join contest!
    gift pun cun!

    ReplyDelete
  2. wc-kannn... gedik ja nak cerita puan mell nie.. hahaha..


    owh.. nanti rajin mell wat tuto ok..

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..